SCM Music Player

December 20, 2012

KISAH WANITA YANG MENJADI PENGASUH RASULULLAH

                                               ...  ASSALAMUALAIKUM w.b.t guys ...

Today Amal nak share story about WANITA YANG MENJADI PENGASUH RASULULLAH S.A.W kat u ols .. harap korang korang sume sudi membacanye ye. share story yang baik baik tak salahkan ? ngeee :D ok. jom ikut Amal menghayati story besh ni yer .. hehehe :)


Adakalanya anak yatim mendapatkan ganti selain ibunya,berupa kasih sayang dan pemeliharaan, sebagaimana dilakukan oleh UMMU AIMAN. jom ikuti kisah ini dari awal hingga akhir. :)


Ketika itu penduduk MEKAH sedang merayakan kemenangan terhadap tentera GAJAH, sementara Aminah binti Wahab lebih suka mengasingkan diri dan tinggal sendirian. Dia ingin berbahagia dengan janin yang dirasakannya dalam kandungan. Akan tetapi, dia segera teringat suaminya yang tidak ikut merasakan kebahagiaan dengan kenikmatan tersebut. Cahaya yang di lihatnya telah memenuhi seluruh anggota tubuhnya berupa pancaran,kejernihan serta kebahagiaan dan membuatkan dia lupa akan penderitaan yang dialaminya. ALLAH telah menimbulkan simpati di hati orang orang yang di penuhi cinta dan kasih sayang terhadap anak yatim ini. Oleh kerana itu, sahaya perempuan dari Habsyah yang telah di warisi anak yatim dari ayahnya yang telah tiada, begitu melihatnya, ALLAH memasukkan rasa cinta dan kasih sayang ke dalam hatinya kepada anak yatim itu sehingga dia menyukainya. Maka, sahaya itu mengasuh dan menyayangi serta mengutamakannya dengan tambahan cinta dan kebajikan serta kasih sayang yang biasa memenuhi hati para ibu. Hal itu berlangsung hingga datang wanita yang menyusuinya ke Mekah, lalu mengambilnya ( NABI MUHAMMAD ) dari asuhannya dan asuhan ibunya, kemudian di bawa ke dusun. Ummu Aiman bersabar atas pemergian dan perpisahan ini.



Setelah itu, bayi yang sudah mulai membesar itu kembali dari dusun ke Mekah kepada ibuny dan pengasuhnya untuk menikmati kasih sayang dan pemeliharaan mereka berdua. Kemudian Aminah membawa anaknya ke Yatsrib untuk menziarahi saudara mara ibunya dari bani Najjar. Pengasuh itu ikut bersama mereka berdua. Setelah anak dan ibu ini menziarah ke tanah yang di janjikan, dia pun kembali bersama kedua ibunya yang mulia ke kampung halamannya Mekah. Akan tetapi, belum begitu jauh anak itu dari Yatsrib, sang ibu jatuh sakit sebagaimana yang dulu menimpa ayahnya sebelum sampai ke Mekah. Tatkala anak itu tiba di Abwa' , datanglah kematian ibunya. Maka anak itu menjadi yatim piatu sebagaimana yang di kehendaki oleh ALLAH. Dia telah kehilangan ibu dan ayah, sekarang tinggal lah dia bersama pengasuhnya. Lalu dibawanya kepada bapa saudaranya seorang diri, di pelihara olehnya. Sejak daripada itu, Ummu Aiman menjadi ibu dari anak itu. Dia memeliharanya ketika bayi dan remaja hingga memasuki usia dewasa dan berkeluarga. Maka Muhammad s.a.w membebaskan dan mengembalikan haknya yang penuh dalam kehidupan yang mulia. Kemudian Ummu Aiman berkahwin dengan seorang lelaki dari penduduk Yatsrib yang bermukim di Mekah. Ummu Aiman hidup bersamanya selama masa yang dikehendaki oleh ALLAH. Kemudian dia pergi bersamanya ke Yatsrib. Ketika suaminya meninggal, dia pun kembali kepada anaknya yang pertama dan ikut pula anaknya yang kedua, Aiman bin Ubaid. Ummu Aiman memelihara anak yatim ini bersama anaknya dan hidup dengan penuh kebahagiaan.



ALLAH menyempurnakan nikmatNYA atas muhammad, dia tidak pernah lupa terhadap ibu angkatnya sehingga Nabi s.a.w mengungkapkan perasaannya terhadap Ummu Aiman dengan perkataan kesetiaan ''Sesungguhnya dia Ummu Aiman adalah sisa dari keluargaku.'' Nabi s.a.w sangat berharap agar Ummu Aiman hidup dengan senang.maka beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya ''Barang siapa ingin berkahwin dengan wanita calon penghuni syurga, hendaklah dia berkahwin dengan Ummu Aiman. '' Maka segeralah sahaya ZAID mengahwini Ummu Aiman. Ummu Aiman hijrah dari Mekah ke Madinah untuk menyusul orang yang paling di cintainya. Tiada yang menghiburkannya di jalan kecuali imannya. Dia tiba di Madinah dan bertemu denagn anak-anaknya yang menyambut dan menyayanginya. dia habiskan hari-harinya bersama Nabi s.a.w. Ketika menyaksikan peperangan Uhud bersama kaum muslimin, dia mengedarkan air dan memberi minum orang-orang yang terluka serta yang mengalami kepayahan. Ummu Aiman turut ikut dalam Perang Khaibar bersama anaknya dan menolong kaum muslimin dan merawat mereka dengan penuh kasih sayang. Di masa damai, Nabi s.a.w bergurau dengannya akan tetapi beliau hanya mengatakan yang benar. Tatkala Nabi s.a.w kembali kepada PenciptaNYA, Ummu Aiman menangis atas terputusnya wahyu sebab kewafatannya. Ummu Aiman juga menyaksikan kematian Umar dan mengucapkan perkataan ''Sekarang ISLAM menjadi LEMAH''



Di awal pemerintahan Uthman, Ummu Aiman menghadap Tuhannya dalam keadaan redha dan di redhai. Inilah dia Ummu Aiman bekas sahaya Rasulullah s.a.w dan pengasuhnya yang di warisi dari ayahnya, lalu Nabi s.a.w membebaskannya ketika beliau menikah dengan Khadijah binti Khuwailid. Dia menikah dengan Ubaid bin Zaid dan mempunyai anak bernama Aiman yang mana menjadi sahabat Nabi s.a.w dan terbunuh di Perang Hunain. Said bin Haritsah adalah bekas sahaya Khadijah binti Khuwailid yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w, lalu di bebaskan dan menikahinya dengan Ummu Aiman setelah beliau menjadi Nabi dan melahirkan Usamah bin Zaid. Ummu Aiman hijrah dua kali dan meriwayatkan lima hadis dari Nabi s.a.w.



Begitulah kisah bagaimana seorang wanita yang tiada pertalian darah dengan Baginda sanggup bersusah payah mengasuh dan menjaga Baginda dengan baik dan sempurna. Mampukah KITA menjadi wanita semulia Ummu Aiman ??? sama-samalah kita berubah dan perbanyakkan istiqamah dalam hidup. :) OK guys.. sampai sini dulu ye belog Amal kali ni. hope you ols enjoy with mystory. papai.. 
Assalamualaikum :)









November 17, 2012

Dialog malam pertama



Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.


Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?

Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada. Nanti sekejap.

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).

Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.

Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?

Isteri : Oh! ada, saya ingat.

Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit merekaberwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.

Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?

Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.

p/s :: rupa paras tidak menjanjikan kebahagiaan .. .. agama itu lebih penting dari segalanya ...

November 16, 2012

MAKHLUK ASING.

                                                        ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Hari nie Amal nak citer pasal makhluk asing yang baru muncul di dunia ini.. *hahaha* makhluk asing ni sebenarnya dah lama wujud, cuma kita je yang tak berapa nampak kewujudan makhluk tersebut. nak di jadikan cerita lagi, makhluk ni berada di merata- rata tempat.. haha jangan terkejut ye kawan2.. :)  Makhluk asing ni juga berjantina ! oishh bahaya ni .. kalau tak berjanti na tu kira ok la jgk kan.. boleh sikit kita bayangkan rupa dan bentuk makhluk asing tu kan kan.. tp ni berjantina..jadi susah pulak nak bayangkan cemana rupa dan bentuk makhluk asing tu..haishhh ... *mengeluh jap*  Mesti korang semua nak tahukan rupa paras dan bentuk makhluk asing tu kan kan? ok.. rupa die sangat elok drp korang. sgt cantik dan sangat kacak drp muka korang yg hitam legam tu. *ops..* makhluk asing ni juga mempunyai sifat yang baik dan lebih baik drp korang sifatnye.. tak caye ? hahaha jap g korang pasti caye punyer.. :) * ehh aku bukan reka citer lah. dah memang makhluk asing tu lebih perfect drp kau. terima je la..* ok meh sini aku tunjuk contoh muka makhluk asing tu.. ha.. tengok bawah ni yer.. !!







tadaaa ... amacam ?? betulkan ape aku cakap tadi.. memang makhluk asing ni jauh lebih baik baik baik dan baik drp korang semua. buktinye makhluk asing tu berpakaian tak sama macam korang semua *termasuk aku kot* indah kan makhluk asing ni ?? cun melecun lagi tu..  nak tengok lagi? jap jap.. ade lagi...






haaa.... tu dia.. tengok yang ni pulak.. perghh..memang cantik dan terbaik la geng-geng makhluk asing ni.. memang terbaik drp korang semua *termasuk aku lagi* indah kan muka die ? tenang jer tengok ade yang macam ni.. :)  Memang aku tabik giler2 la dekat geng makhluk asing ni.. asal eh aku cakap org lawa2 cm ni makhluk asing? *ehh.. tetibe lak tukar jd org.haha* korang nak tahu ker ? alah.. takyah ahh.. bukan korang tak minat ker dengan geng2 ni? ohh minat ye ? ok aku gtau.. soalannye nape aku ckp geng lawa / muslimah ni geng makhluk asing? jawapannya sebab dah memang sebagai muslimah kompem la jd makhluk asing bagi masyarakat kita di dunia ni. !! huh !! tak paham? meh sini aku terangkan .. kalau korang pergi mall or mana2 tempat yg kebanyakkannya org awam pergi,yang berbaju t-shirt , berseluar panjang,jeans, skirt dan macam2 lagi, tetibe korang nampak 2 org muslimah yg berbaju mcm kat atas tu kat situ.. ape korang rasa dan mcm mna korang andang die ? eleh..sah2 la korang pandang die cam pelik.com kan? mesti korang tengok muslimah tadi tu dengan pandangan yg ganjil bin ajaib.tak yah tipu ok.aku pernah alami semua tu. :) sebab tu aku panggil geng ni geng makhluk asing. sbb korang semua akan pandang die mcm makhluk asing yg baru jatuh dri langit.. asal eh ? sepatutnya muslimah2 tu yg patut dan wajib pandang korang2 semua mcm makhluk asing!!! bukan korang yg pandang mereka mcm tu. *ehh sengal* comel ape geng muslimah tu pakai cam tu.lebih comel cute cantik drp korang lah !! nak nampak cntik cute n comel jgk ? so, pakai lah cam tu.sah2 korang masuk syurga dengan menutup aurat mcm tu. layan gambar lagi.







ha tengok !!!! betapa indah kan mereka yang menutup aurat dengan sempurna.. :) sweet. comel. cantik. indah. semua ade terlekat pada org soleh dan solehah ni.. *memang aku jeles giler2 tengok org cm ni* sesekali teringin juga aku nak dapatkan si soleh ni.. tapi tak mungkin lah.. kalau nak dapat yg soleh kena berhenti mencari si soleh tap berusaha menjadi si solehah. ok korang. aku dah penat. jumpa lagi.bye.
Assalamualaikum ..



November 14, 2012

Salam Maal HIJRAH 1434

 

                                                          ASSALAMUALAIKUM W.B.T ..
Selamat menyambut tahun baru MAAL HIJRAH 1434 kepada semua umat islam di seluruh dunia.. semoga dengan kemunculan tahun baru ini dapatlah kita sama-sama mencari keredhaanNYA dan mencari cinta..* ehh ehh bukan cinta sesama manusia,tapi cinta terhadap ALLAH dan RASULNYA ye *  Di kesempatan ini Amal ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada korang semua jikalau Amal ade wat korang semua terasa hati, termakan hati, tersentuh hati, terguris hati, termarah dengan sengaja atau tak sengaja, tertengking, bercakap kasar, terpukul dengan sengaja atau tak sengaja, tercaci maki, terngumpat, termarah dan ter ter ter banayk lagi. * rasanya sah2 la mmg ade kan*
Apa2 pun yang buruk tu datang dari diri Amal sendiri, dari kekurangan diri Amal dan kecacatan diri Amal.. dan yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t .. Sempena tahun baru ini juga marilah kita sama2 berjihad di jalan ALLAH, tak kira dengan cara apa sekalipun, marilah kita sama2 bersatu hati dalam menegakkan agama ALLAH. :) selain itu , ayuh sama2 berazam untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik drp sebelumnya. AYUH SEMUA kita lakukan perubahan dalam diri demi kecintaan kepada agama kita. sebelum terlambat dan sebelum ALLAH menarik pemberian waktu atau masa untuk kita berubah..

p/s :: masa itu ibarat pedang, jika kita tak memotongnya dia yang akan memotong kita ..
        jom tengok gambar masjid di bawah ni . tenang dan damaikan.. :)
 

                                                                          cantik kan ?


                               mohon ALLAH percepatkan hajat dan keinginan untuk ke sana amin.


                                                               tenang dan damai kan ?

August 13, 2012

PengHIJRAHan HATI

           

                                         Assalamualaikum w.b.t guys ..!!

  alhamdulillah bersyukur ke hadirat ILAHI kerana masih memberi kesempatan pada Amal untuk mencoret sedikit sebanyak untuk tatapan korang sume .. (^_^) .. u olz sihat ? harap sihat walafiat belaka yer..alhamdulillah sekarang dah nak masuk bulan syawal.. harap sumenyer berjalan dengan lancar bersama keredhaan ILAHI .. cemana dengan puasa korang sume ? harap di antara kita ni ada yang di beri keistimewaan berjumpa dengan lailatul qadar .. (^_^) .. amin .. Actually dalam bulan ramadhan kareem ni Amal berniat untuk tidak tunduk pada nafsu hati .. dan Alhamdulillah ALLAH memakbulkan niat dan doa Amal .. ( sujud syukur padaMU ya robb ) dengan berhajat sedemikian rupa , Amal telah bertekad untuk tidak langgar apa yang telah Amal niatkan .. Soal hati dan perasaan tu biarlah semuanyer di tentukan dengan kuasaNYA . Amal sangat sangat bersyukur pada ILAHI coz hati Amal sekarang betul betul tenang , lapang.. Dengan hati yg lapang dan tenang ni lah Amal dapat beribadat kpd ALLAH dgn baik . (syukur ) . disamping tu Amal juga boleh fokus pada kerjaya Amal sekarang. biarpun kerjaya Amal tak seberapa , tp Amal sangat sangat bersyukur pada ALLAH coz beri dan murahkan rezeki Amal dengan kerja yang mulia ( mendidik ahli ahli syurga ) .. InsyaALLAH balasan itu hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya .. Amal tahu ramai yang mempertikaikan dan memandang remeh soal kerjaya Amal . tapi sumer tuh Amal tak kisah coz yang penting Amal bahgia dengan kerjaya Amal sekarang .. (^_^) .. yang penting Amal wat benda yang akan mendapat ganjaran yang bagus . Penghijrahan hati Amal dah mencapai pada tahap yang baik .. Alhamdulillah ya Robb .. (^_^) .. setiap insan bergelar hamba ALLAH menginginkan perubahan ke arah yang lebih baik . same like me . tak ada sorang pun tanak berubah. right ? (^_^) asal hati kita ikhlas dengan perubahan itu dan asal kita dapat wat yg terbaik untuk hati kita . InsyaALLAH ALLAH akan bantu kita dengan lancar bersama kuasanya . (^_^) . Baru sekarang Amal sedar yang hati itu perlu di didik dan di pupuk dengan iman di dada. Taufiq dan Hidayah itu pasti akan muncul jua dalam hati setiap insan bergelar hambaNYA dengan cara kita bersungguh sungguh mencari keredhaan ALLAH .. penghijrahan hati ini membuatkan hidup Amal lebih tenang dan damai .. (^_^) ..


 #jom kita layan lagu nasyid ni jap. nasyid terbaik dan nasyid yang paling Amal minat#




                                                          ~ DEVOTEES ~







June 3, 2012

KOSONG



                                 ...... Assalamualaikum w.b.t.... hye guys..!!....
Ape kabor ? seperti biasa hujung minggu Amal sentiasa berada di korea..dan terpaksa ulang alik M'sia and Korea..(tgk drama lah) hehehe..kepada sesape yg nk join Amal ke Korea..jemput.jemputlah singgah di blog Amal ni yer..baru senang nak terbang bersama..kihkihkih..

Kali ni Amal nak share lagu KOSONG--N.L dgn korang sume.. Amal tahu korang sume dah boring giler2 tahap gaban dah kan dgr lagu ni..tapi ape salahnyer dgr lagi skali kt blog Amal ni..hehehe Amal pun dh dgr berkali.kali dh lagu ni..dh wat penyelidikan..dh wt siasatan..dh korek2 sume pun dh about lagu ni.. Actually
lagu ni bkn nyer best sgt..tp lebih OK drp x best langsung kan3.. Seriously Amal bkn nye penggemar lagu2 cm ni..tapi Amal layan la time ngah boring tuh..sesaje jer nk dgr suara adik2 yg tgh meningkat usia..hukhukhuk..

Ape2 pon..jom lah kita layan lagu KOSONG--N.L ni bersama Amal.. lagi pun hari ni tak tahu nape Amal rasa myheart and mylife kosong macam lagu N.L nie.. opss..jgn salah faham pulak yer.. hati and hidup kosong tak bermakna putus kasih or so on.. Tiap hari jadual di penuhi dgn keje and than bila tiba hujung mnggu jadual di penuhi dgn penerbangan ke oversea..hehehehe (bab2 perasan mmg no1.) tapi hari ni tetiba jer penerbangan Amal tertangguh ke minggu depan..hukhukhuk (tak sempat nak terbang.kapal berlepas awal)..that why hari ni rasa cam kosong jer.. huhhhh... (mengeluh sbb dh siap tulis..hehehe).. OK lah guys..! jom layan sesama Amal.. zassss bye..!!

May 27, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH ..



                                     Assalamualaikum w.b.t. semua..!!!
hurmm... dah lama giler2 Amal tak on and aktif myblog nie yer.. rasa2 dh dekat dgn 2thn kot..tp Amal nk ucapkan berbanyak-banyak trima kasih kpd korang semua sbb sudi menyinggah di blog Amal yang tak seberapa nie.. hukhukhuk..

Actualty today is hari yg paling gembira dlm hidup Amal..nak tahu kenapa..?? sbb today Amal dpt jumpa adik Amal yg hensem nie..(tuh.gambar die kt atas tuh.~hensem kan.kan.kan :) ) hehehe.Nape Amal nampak cam teruja sgt dgn adik ni ehh?? (tertanya pulak dlm hati) ...hurmm..sbnr nyer.. adik hensem tuh adik angkat Amal.. serius Amal ckp Amal mmg tak pernah jmpa myadik hensem tuh.. just msg2 call2 jer.. tak pernah face to face.. tuh yg jadi teruja sesangat tuh..hehehe


 Tapi yang mcm tak suka Amal cm nie.. Amal mntk maaf lah yer.. Amal mmg jenis cm ni kalu org yg ade kaitan dgn Amal, mmg Amal cepat teruja.. ape-ape pun.. kenangan utk hari ini tak kan pernah Amal lupakan sampai bila2.. Amal berterima kasih sgt2 pada myadik(hensem) yg sudi meluangkan masa bersama Kak Amal or Kak Akmal ptg td.. wlaupun penat2 baru lepas show..tp still lg boleh jmpa and layan akak..mmg jasamu di kenang dik..hehehe :) Harap2 akak boleh jmpa myadik lagi.. InsyaALLAH.. :)


( *PEACE.NO.WAR.HEHEHE* )