SCM Music Player

February 18, 2011

CARILAH ILMU GALILAH HIKMAH

'' Wahai manusia yang gembira melihat orang lain susah dan gemar menyalahkan masa, sudahkah kamu bebas dan merdeka sepenuhnya ??


Untuk mendapat kebahagiaan itu, kita perlu mengerti dan memahami hal-hal yang berkaitan dengan Agama kita.Mempelajari ilmu-ilmu (terutamanya ilmu ketuhanan)akan menerangi hati dan membuatkan ALLAH meredhai kita sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

''Jika ALLAH menghendaki seorang hambaNya menjadi baik, maka ALLAH akan menjadikannya mengerti tentang agama.''

Kerana itu,bacalah buku-buku yang bermanfaat yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan pengertianmu tentang agama, seperti kitab Riyadhus Solihin ,Fiqh as-Sunnah , Fiqh ad-Dalil, kitab-kitab tafsir yang mudah di fahami dan artikel-artikel yang bermanfaat.


Kita perlu sedar bahawa sebaik-baik usaha adalah usaha untuk mengetahui apa yang di kehendaki oleh ALLAH dalam kitabNya, dan mengetahui apa yang di maksudkan oleh utusanNya dalam sunnahNya. Kejahilan tentang selok-belok Islam tidak ubah seperti berada dalam kegelapan dan menyebabkan hati bingung. Buatlah perpustakaan sendiri walaupun jumlah bukunya sedikit tetapi bermanfaat. Namun,janganlah sampai waktumu terbuang sia-sia hanya untuk mendengar muzik atau hanya sekadar menonton TV. Setiap detik dari umurmu akan di catat, maka laburkanlah umurmu untuk mencari keredhaan ALLAH..

RELA MENERIMA APA JUGA NIKMAT DAN TAHU MENSYUKURINYA

Gunakanlah nikmat ALLAH dengan mensyukuri dan mentaati kepada-Nya. Nikmatilah air untuk minum, berwudhuk dan mandi. Selimutilah dirimu dengan nikmat cahaya matahari. Sinarilah sekujur tubuhmu dan bergembiralah dengan sinaran bulan.

Berbuatlah sesuatu yang berguna dan janganlah berlengah lagi. Petiklah buah-buahan dari ranting pepohon, ceburkanlah dirimu ke dalam riak air di sungai, halakanlah pandanganmu ke lautan luas, jelajahilah tanah yang belum dijejaki lagi.

Dalam pada itu,bersyukurlah dengan nikmat dan anugerah dari Yang Maha Mulia dan Pengampun serta Penguasa yang Perkasa.Ambillah manfaat dari anugerah yang penuh berkat yang ALLAH berikan kepada KITA. Janganlah KITA mengingkari semua anugerah tersebut:

'' Mereka mengetahui anugerah ALLAH ,namun mereka mengingkari ''
(Surah An-Nahl : 83)

Janganlah sesekali menjadi orang yang bersikap tidak berterima kasih dan enggan mengenang budi.Sebelum KITA melihat duri dalam bunga, perhatikan dahulu keindahannya.


Sebelum KITA mengeluh teriknya sinaran Matahari,nikmatilah keindahan cahayanya dahulu.Sebelum KITA menyesali gelapnya malam,ingatlah keteduhan dan ketenangannya. Jadi, kenapa mesti PESIMIS?? Kenapa pula mesti MENGUBAH nikmat kurniaan dari penciptaNya??

'' Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengubah nikmat ALLAH dengan kekufuran. ''
(Surah Ibrahim :28)

Nikmatilah semua nikmat dan terimalah dengan rela dan terbuka dengan nikmat kurniaan ALLAH kepada KITA serta pujilah ALLAH atas semua itu.

February 12, 2011

Nyanyi bERsama..

HAHAHA.aRy nie best sbb dapat nyanyi same2 ngn teacher..HEHEHE.first tu teacher pasang lagu 'mylove'..aduss mmg layan jiwa beb..Nyanyi pulak dlm gelap..wahh..romantik gitu..HAHAHA.yg penting ary nie teacher mmg 'paham jiwa' la..pas abis lagu tu..kiteowang nyanyi lagu 'sway and words' pulak..yg 'sway' tu tahu la jugak..sbb penah dengar..tp tk pandai nk hingkut..HUHUHU.yg 'words'tu..aduss punyer la slow lagunye..dah la lagu jamam 'dad teacher'..HUHUHU.tp best la jgk..HEHEHE.ta bole ta best sbb lagu tu 'love song'..ayatnye punyer la 'gramatis'..syahdu pulak tu..HAHAHA.Sonok sgt bole nyanyi same2..yg lagu 'sway' tu kiteowng nk menari pocho2..tp ta jd coz ade 'makhluk asing' lam clz kiteowng..HUHUHU.teacher pun suruh menari pocho2..HAHAHA.sonok sgt2..dpt jgk ilangkn tension..
moOD <3.

February 2, 2011

SUDAH TENTU ANDA PALING BERTUAH.

''Dengan senyuman indahmu yang membangkitkan cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama insan.Dengan kata-kata baikmu yang mengikat persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan permusuhan..''
''Dengan derma yang membahagiakan si miskin,menyenangkan si fakir,mengenyangkan perut orang yang kelaparan.Dengan mengkaji al-Quran,merenung dan mengamalkan kandungannya,bertaubat dan beristighfar..''
''Dengan zikir dan istighfar yang banyak,memanjatkan doa,dan meluruskan niat.Dengan mendidik anak-anak dengan agama,mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat dan berguna bagi mereka..''
''Dengan rasa malu dan hijab yang di suruh oleh ALLAH.itu adalah cara supaya sentiasa terjaga dari pandangan dosa..''
''Dengan bergaul dengan perempuan-perempuan yang baik yang sentiasa takut kepada ALLAH,mencintai agama,dan menghormati ajarannya..''
''Dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa,menyambung persaudaraan,menghormati jiran tetangga,dan berlemah-lembut kepada anak yatim..''

'DENGAN MELAKUKAN SEMUA INI..SUDAH TENTU KAMULAH YANG PALING BERTUAH SAUDARIKU..'

BATU DELIMA.

Diucapkan selamat bertemu dengan anda wahai saudariku!

Anda semua,wahai saudariku..para muslimah yang sentiasa mendirikan sembahyang,taat berpuasa dan melakukannya dengan kusyuk.
Selamat bertemu saudariku..muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan dan untuk menjaga maruah serta prinsip mulia..
Selamat bertemu wahai saudariku..muslimah yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih..
Selamat bertemu wahai saudariku..muslimah yang sentiasa menepati janji,di percayai dan amanah..
Selamat bertemu wahai saudariku..muslimah yang sentiasa bersabar,berhati-hati dan sentiasa memohon keampunan..
Selamat bertemu wahai saudariku..muslimah yang sentiasa berzikir,bersyukur dan bermunajat..
Selamat bertemu wahai saudariku..muslimah yang menjadikan Asiyah,Maryam,dan Khadijah sebagai teladan dan ikutan..
Selamat bertemu wahai saudariku..muslimah yang mendidik para pahlawan,dan melahirkan lelaki yang berjasa..
Selamat bertemu wahai saudaraku..muslimah yang sentiasa menjaga nilai-nilai dan memelihara diri serta iffah..
Selamat bertemu wahai saudaraku..yang sentiasa takut kepada ALLLAH dan menjauhi apa-apa yang di larang dan dimurkai-Nya..

GERBANG ke SYURGA.

''SEMAKIN HAMPIR SESEORANG ITU KEPADA ALLAH,MAKA SEMAKIN DAMAI HATI DAN JIWANYA.''

Aisyah bt Abu Bakar as-Siddik dan Hafsah bin Umar al-Khattab, dua wanita yang amat dikasihi Rasulullah, kerana kedua-duanya wanita sahabat yang turut melibatkan diri secara aktif dalam menyampaikan dakwah islamiyah.
Rasulullah S.A.W. menikahi Aisyah atas perintah daripada ALLAH S.W.T. Jibril a.s. sendirilah yang datang menemui beliau untuk membawa perintah dari langit dengan suatu bentuk pelambang sehelai kain sutera yang amat indah. Oleh itu tidak hairan kalau beliau amat mengasihani Aisyah.r.a.
Sementara Hafsah, Rasulullah s.a.w.menikahi setelah menjanda, untuk mengubati kedukaan Umar bin al-Khattab dan setelah di tolak oleh Abu Bakar as-Siddik dan Usman bin Affan. Keputusan beliau untuk berkahwin berkahwin dengan Hafsah ini adalah untuk melenyapkan kesedihan sahabatnya Umar bin al-Khattab dan puterinya itu,supaya usaha-usaha mempergiatkan dakwah lebih licin dan berkesan.
Kedua-dua puteri sahabat dekat Rasulullah ini,yang di nikahi beliau berdasarkan sebab-sebab tertentu,merupakan teladan dalam bidang kesucian serta pengalaman agama-semoga ALLAH meredhai mereka-tetapi, sebagai manusia yang mempunyai kelemahan,mereka pun tidak luput daripada ketidak sempurnaan.Mereka juga pernah terdorong melakukan perkara yang tidak dikehendaki syarak.Dan hal ini tidak perlu menjadi punca kekeliruan bagi kaum wanita.
Kekeliruan yang pernah mereka perbuat tidaklah seharusnya di jadikan ikutan,tetapi lebih merupakan tamsilan bahawa orang-orang yang kuat imannya pun adakalanya terdorong melakukan perkara yang di larang.Dan ini bukanlah cara yang menghantar ke syurga.
Jalan menuju ke syurga itu adalah pegangan yang kukuh pada nilai-nilai kebenaran yang di tetapkan oleh Islam.Kebenaran inilah yang mendominasi keseluruhan hidupnya tidak kira dalam keadaan bagaimana dan waktu bila pun.Ini bererti mesti mempunyai sikap yang jelas dan tegas menolak segala perangkap hawa nafsu dan tipu daya syaitan,sama ada dalam bentuk yang menggiurkan ataupun yang menakutkan.
Wahai wanita-wanita beriman,sesungguhnya Asiyah bt Muzahim,isteri Firaun merupakan perumpamaan yang paling menonjol dalam sejarah umat manusia.Barangkali kerana Asiyah hidup di tengah-tengah suasana yang penuh dengan kepalsuan,kepura-puraan,kesesatan dan kemewahan yang tidak ada bandingannya.
Kalau Asiyah mahu,dia dapat menggunakan kuasa yang mampu meranapkan segala penghalang kepada nafsu jahatnya.Betapa besarnya kekuasaan yang di milikinya hingga anda tidak pernah mendengarnya dengan telinga,seakan-akan cerita khayalan yang di bacakan oleh kanak-kanak sebelum tidur.
Asiyah menjadi perimpamaan yang paling menonjol dan istimewa,kerana semua yang ada di sekelilingnya tidak sedikit pun dapat mempengaruhi jiwanya,tidak secuilpun mengurangi nilai keimanan serta keyakinannya.Asiyah mempunyai pendirian yang teguh di depan segala pengaruh luar dan pengaruh dari dalam dirinya,dia tidak pernah menyerah kalah terhadap semua itu.Bahkan Asiyah menafikan setiap pengaruh yang negatif itu,lantas dia munajat kepada ALLAH :


''Wahai Tuhanku, binalah untuk ku di sisi-MU sebuah rumah di dalam syurga.''