SCM Music Player

December 22, 2013

BELAJAR (^__^)




Assalamualaikum w.b.t, hai korang semua. lama kan x update blog.. Amal bz sikit skrg, maklumlah skrgkan dah nk dekat bukak skolah jd mcm2 program ade..(huhhh penat) Komitmen sbgai guru ni bkn mudah.kan kan kan. hanya orang yg bergelar guru je tahu cammana bz nye keje ni.. (cehhh! Padahal smua pkrjaan buat kita bz..poyo btl si Amal.. :p ) Oklah sebenarnye kali ni Amal nk share dgn korang teknik makeup shadding yg diusahakan oleh Amal sendiri..hahaha Amal ni x der la pandai sangat bab2 makeup ni.. setakat terror pakai eyesliner jer.. (bnda cmtu lekat celah gg jer pun) eyesliner ni boleh dikatakan seluruh dunia (girls) pandai pakai kan.. tipu sgt la kalau ckp x pandai pakai kan.kan.  Tapi kalau korang (girls) yg x pandai pakai tu mesti korang intai-intai di youtube kan cara-cara pakai eyeliner.. hahaha pecah rahsia! (semua orang pasti akan wat cmtu.so rileks la..huhu) 




 ( nampak tak makeup shadding yg x bape nak jadi tu? hehehe )


Sebenarnya Amal make up saje2 jer..boring x der keje nak wat keje tu la yg Amal shukee buat.hihihi. buruk kan make up Amal? :3 (siyes buruk ! ) Amal cuba-cuba jer make up cmtu bila terpandang barang make up yang dah lapuk berzaman.. huhh mmg lama giler Amal tak sentuh make up sumer tu.. wat perhiasan dalam almari jer barang-barang make up tu..hahaha caye tak? elehh dah sah2 korang tak caye kan.kan.. ye la mana korang nak caye kalu korang tengok gambar-gambar Amal kan? sampai ade yang tergamak cakap Amal ni shukee makeup tebal-tebal, padahal time tu Amal tak makeup langsung.. haishh ape lah orang tu. shukee sangat buat andaian sendiri kan.kan.. ( sabar je la Amal oi..) 
Ohh lupa pulak, time ni Amal makeup teknik shadding plus eyeshadow kaler merah+biru.. hahaha (terkejut tak tgk kaler eyeshadow tu? hahaha) sah-sah kaler eyeshadow tu cam kaler baju kurung zaman sekarang kan.. ye la.. sekarangkan baju kurung colourblock.. berlambak kot baju kaler biru merah. ok skrg Amal wat kelainan pakai eyeshadow kaler merah biru.. hahaha :p Ok lah jom kiter intai gambar-gambar Amal yang poyos ni.. puii.. :p





amacam.. nampak tak teknik shadding and eyeshadow merah+biru tu? hihihi





haaa.. rasa nya gambar yang ni jelas giler-giler nampak eyeshadow merah+biru tu kan.kan. hahaha



Ok lah korang.sampai sini dulu yer.. nak komen ker kutuk ke ape shukee hati korang lah ! ok bye..

October 18, 2013

Jadi lah seperti AKU !

Namaku Nurul Huda. Berusia 27 tahun. Aku bekerja di Ampang sebagai Ekskutif Jualan di sebuah Syarikat menjual kereta. Sudah tiga tahun lebih aku menamatkan pengajian aku di UKM. Dalam keluarga aku di panggil Huda saja. Merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Kakak ku bernama Haida dan abang ku benama Hanif. Masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata dengan pasangan mereka. Hanya aku saja yang belum berpunya.


*************


27 NOVEMBER 2010


Hari ini genap usia ku 25tahun. Saat yang menggembirakan kerana dengan penambahan usia ini, ia sekaligus mematangkan fikiran. Sempena ulang tahun kelahiranku ini, dua majlis telah diadakan. Sambutan hari lahirku dan majlis pertunanganku diadakan serentak pada hari yang ku kira sudah cukup menggembirakan orang tua ku.

Ibu dan Ayah orang yang paling bertungkus lumus mengadakan kedua-dua majlis ini. Aku sebagai anak bongsu menurut saja. Tidak mahu membantah walaupun dalam hati telah terdetik rasa kurang senang. Tak tahu kenapa seusai aku solat istikarah, hati ku rasa kurang enak. Seakan-akan ada sesuatu akan berlaku.

Aku hanya mampu berdiam diri. Takkan hendak ku khabarkan rasa kurang senang itu pada ibu dan ayah. Setiap kali aku memandang wajah keduanya, senyuman tidak lekang dari bibir mereka. Aku tahu ibu dan ayah amat gembira dengan pertunangan ini. Mereka gembira kerana dapat berbesan dengan sahabat lama mereka. Aku sendiri tidak kenal dengan bakal tunangku. Tidak pernah berjumpa walau sekalipun. Cuma aku kenal wajahnya melalui sekeping gambar yang ibu tunjukan minggu lepas. Yang ku tahu dia bekerja sebagai engineer di Klang.

'' Huda !! wah berseri-seri wajah kau ye..! Al-maklumlah dah bergelar tunangan orang sekarang ni.. '' Tegur Amira lantas memeluk erat bahuku.

Aku tersenyum. Cincin yang tersarung di jari sebentar tadi ku pandang. Sesuai benar dengan jari manisku. Pandai pula tunangku mencari cincin yang muat dengan jari ku ini.

Amira adalah teman serumahku di Ampang. Kami juga bersahanat baik. Amira datang ke rumah ku di Melaka ini bersama teman lelakinya, Ariffin. Ariffin yang berada di sebelah Amira turut mengucapkan tahniah padaku seraya menghulur sekotak hadiah berbalut cantik dan kemas. Apalah agaknye isi di dalam kotak ini?

'' Biasa saja lah Amira ! '' aku merendah diri.

Padaku tiada apa yang istimewa tentang diri ini. Mungkin kesan solekkan di wajahku merubah penampilan ku hari ini.

'' Betul lah ! Wajah kau cantik sangat hari ni. Sebelum ni kau mana pernah bersolek kan? Kalau bersolek pun nipis sangat ! Tak nampak kecantikkan kau yang sebenar. Aku fikir kalau tunangan kau tengok ni lentok habis! Mesti dia puji kau .. ohh ye bakal tunang kau datang tak majlis ni..? '' Amira memujiku. Ariffin sudah pun keluar meninggalkan aku dan Amira berbual-bual.

'' Entah lah.. aku tak tahu pun.. kau bukan tak tahu kan, lelaki mana ade datang waktu majlis tunang. ''

'' Zaman sekarang dah lain la .. Lelaki boleh datang time majlis tunang. Tak macam dulu, lelaki kena tinggal di rumah. Kau tak contact dia..?

'' Nombornya aku tak tahu pun..''

'' Hah ?? ''

'' Majlis ni my parents yang aturkan. Aku ikut je. Baik pada mereka, baik lah pada aku.. '' jawab aku.

'' Laa .. aku ingat kau kenal dia. Kau pernah jumpa dia tak ni..? Habis, dia memang setuju ke dengan pertunangan ni..? ''

'' Ibu aku kata dia setuju.. Aku tak pernah jumpa pun dia.. Alah, lama-lama nanti kami kenal lah. Ada tempoh setahun untuk kami kenal antara satu sama lain. ''

'' Tak sangka pula aku masih ada jodoh yang di aturkan oleh family. Kalau aku, cinta sebelum kahwin ptu penting juga. Sebab masa tu kita dah kenal dan yakin dengan kasih sayang dia. Kau yakin kau akan cintakan dia kelak? ''

'' Masa akan tentukan.. ''

'' Apapun aku doakan kebahagiaan untuk kau. Tahniah dari aku! ''

Aku tersenyum lagi. Ya.. masa yang akan tentukan kasih sayang antara kami. Bukan kah kata orang, pertunangan ini adalah saat terbaik buat kita mengenal pasangan kita sebelum melangkah ke alam rumah tangga kelak ?? Alhamdulillah.. sebaik selesai majlis tersebut, tiada perkara buruk yang berlaku. Itu hanya perasaan ku sahaja barangkali.


*************


Tepat jam 5 petang, aku di kejutkan dengan panggilan telefon ..

'' Hurghhhh !! siapa lah yang kejutkan aku time-time camni? langsung tak kasi can untuk aku berehat. Dah la hari ini hari ahad. ''

Aku mengomel sendiri sambil menguap. Aku menggeliat cuba membetulkan tulang di badan yang telah ku rehatkan atas katil tengahari tadi. Aku mengambil handfon yang ada di atas meja.

'' Assalamualaikum..''

Ooppss!! suara lelaki lah.. Siapa lah agaknya ni..? Suaranya langsung aku tak kenal. Tak cam pun. Tak pun salah nombor kot..?

'' Waalaikummussalam .. cari siapa ? ''

Aku bertanya sebaik mungkin. Ingatkan nak tengking sebab mengejutkan aku petang begini tadi tapi bila dengar dia bagi salam, terus sejuk hati aku. Agaknya ini lah kebaikan memberi salam. Yang di mulakan dengan kalimah suci.

'' Cari Cik Nurul Huda ! ''

Cari aku?? Kenapalah agaknya ye..? Takkan aku ada buat salah dengan lelaki semalam? Semasa aku pergi shopping semalam, tiada pula aku terlanggar atau memaki orang ..

'' Saya ni tunang awak! Awak dah lupa yang awak ada tunang iaitu saya?? '' sedikit tegas.

Hahh??

'' That's mean selama kita bertunang ni, awak langsung tak ingatkan saya kan? ''

'' Apa awak cakap ni? ''

'' Baguslah! ''

Apa yang dia maksudkan ni? Tak faham aku. Bagus? Sangat baguskah kalau aku langsung tidak mengingati dia? Pelik betul pemikiran dia ni. Hospital manalah yang dia ni terlepas agaknya..? Tapi ...

Iya lah .. Aku memang lupa yang aku ada tunang. Selain tak pakai cincin tunang yang di sarungkan di jari manisku dahulu, aku sendiri tak ingat tarikh bertunang. Aku buat tak kisah saja. Sebab pertunangan ini bukan atas kerelaan aku. Sebab itu, apa saja yang berkaitan dengan lelaki itu, aku letak di suatu tempat yang memang di khaskan. Aku tak mahu mengingati status aku sekarang ini. Tiada maknanya buat aku.

'' Saya nak jumpa awak! Sangat penting! Petang ni awak free tak? ''

'' Aaa.. Saya fikir dulu lah.. ''

Huh. malasnya aku nak keluar hari ni. Penat shopping semalam pun tak habis lagi ni.

'' Saya rasa awak free, jadi awak bersiap-siap lah sekarang. Lagi setengah jam saya sampai rumah awak! '' klik!


*************

Senangnya dia suruh aku bersiap-siap. Entah hal apa agaknya sampai nak ajak aku keluar hari ni. Sejak pertunangan itu, aku dan dia tidak berhubung. Dating pun jauh sekali. Masing-masing sibuk tambahan kerjaya dia memerlukan dia kerja lebih masa.. Mana lah ada masa nak jumpa dengan aku. Aku saja yang berharap.. Tapi itu dulu lah.. Enam bulan lepas. Akhir-akhir ni hati ku tawar dengan hubungan yang terikat ni. Mahu saja aku meleraikannya namun memikirkan ibu dan ayah yang akan mendapat malu, aku biarkan saja.

Baju apalah yang aku nak pakai ni? Baju blouse ke? Atau baju kurung? Tak pun pakai skirt labuh? Atau baik aku pakai simple saja? Ahh.. mana-mana saja lah. Yang penting jangan seksi. Tergugat iman tunang aku tu nanti.. Tak pasal-pasal pernikahan kami di percepatkan pula.. hehehe..

*************

Bukit  Menara Tinjau, Ampang menjadi tempat pertemuan kami buat kali pertama. Dapatku melihat ramai anak muda melepak disini. Pemandangan seluruh Kuala Lumpur juga dapat di lihat di sini. Dan tempat ini juga menjadi tempat aku di kecewakan oleh seorang lelaki.

Aku tergamam. Tak sangka ini yang di mintanya. Apa salah aku sampai dia sanggup buat begini? Tak ingatkah dia pada keluarga kami yang telah bersusah payah menyatukan kami? Kalau aku tahu begini akhirnya, mengapa tidak dikatakan dari dulu lagi? Kalau tidak aku tak kan bergelar tunangan dia sekarang.

'' Please.. saya mintak sangat awak yang putuskan pertunangan ini! Kalau saya yang minta putus, parent saya salahkan saya. Mereka akan marah dan halau saya dari rumah nanti. Mereka tak kan mengaku saya sebagai anak mereka. Keluarga kita berkawan baik.. itu saya tahu. Saya tak mahu kahwin dengan awak. Saya dah jumpa kekasih hati saya yang menghilang dulu tu. Dia accident dan hilang ingatan. Saya cuba cari dia di merata tempat. Keluarganya pun tak tahu dia di mana masa tu. Bulan lepas saya jumpa dia. Ingatan dah pulih semula. Saya cintakan dia. Cuma dia seorang. Dan.. saya mahu dia menjadi suri di hati saya ini. '' beritahu saiful memegang dadanya, erat.

Aku terkesima. Rasa nak gugur jantung ini. Saiful sudah mempunyai kekasih?? Kenapa tidak di khabarkan dari dulu. Mengapa Saiful tidak membantah pertunangan ini? Kalaulah boleh ku putarkan waktu ketika itu.. Aku ke yang mesti putuskan pertunangan ini? Tidakkah nanti keluarga ku akan malu dengan tindakkan aku?
Lagi pula bukan aku yang beria-ia mahukan pertunangan ini. Ahh.. serabut kepalaku.

Sewaktu mataku tadi ternampak wajahnya buat pertama kali, hati ini rasa nak melonjak-lonjak. Kacaknya dia. Matanya yang redup dan hidungnya yang tinggi membuatkan aku terpesona dengan dia. Dengan t-shirt putih lengan panjang yang di pakainya menambahkan kekacakkan dia. Ahh.. memang betul-betul buat aku jatuh cinta. Dia lelaki yang berkarisma. Punya kerjaya yang menjadi idaman semua orang. Dengan kerjayanya, pasti ramai gadis-gadis yang menghimpit dia. Bertuahnya aku bergelar tunang dia.

Tapi.. itu beberapa minit yang lalu. Sekarang hatiku di robek rakus. Tanpa belas kasihan. Tanpa dia memikirkan perasaan aku. Kenapa Tuhan memberi dugaan sehebat ini??

'' Please.. saya minta tolong sangat dengan awak ni.. Cakap kat parent awak, yang awak nak minta putus. Awak dah ade calon lain. Awak takkan rugi pape. Cuma belanja hantaran yang saya berikan separuh tu harap di pulangkan semula.. Saya tahu family awak tak keluarkan belanja untuk majlis kita dulu.. Semuanya parents saya yang tanggung.. ''

'' What?? Saya tak rugi pape? Awak sedar tak ape yang awak cakapkan ni? Kalau pihak perempuan yang putuskan pertunangan, maknanya segala belanja hantaran yang pihak awak hantar dulu tu, terpaksa di pulangkan semula pada awak. Kalau pihak lelaki yang pulangkan, itu dah di kira hangus! Awak ingat saya ni bodoh ke? Awak tahu tak berapa belanja yang parents saya keluarkan dulu? Beribu-ribu, awak tahu?? Awak tahu berapa ramai tetamu yang datang..?? Semua tu perlukan duit! Parents awak hanya keluarkan sedikit belanja yang selebihnya parents saya yang tanggung! '' jeritku.

Sakit hati ini. Sudah lah terluka. Dia siap minta pulangkan duit hantaran pula. Dia ingat aku ni tak tahu adat melayu ke? Dia yang nak putuskan, aku pula yang kena tanggung segalanya. Family aku mengadakan majlis secara sederhana namun ramai yang datang waktu itu. Ayah mengajak semua rakan dan saudara menghadiri majlisku. Barangkali Ayah gembira anaknya yang bongsu akan melangkah ke alam baru. Beban yang di tanggung sebelum ini akan beralih kepada orang lain.

'' Heii.. susah sangat ke awak nak minta putus? Ke awak memang nakkan saya? Awak cintakan saya ke? No wonder la, jejaka macam saya memang membuatkan semua gadis kat luar sana akan terpikat, tak terkecuali, awak!! ''

Cis.. Mamat ni berlagak sungguh!! Ingat dia handsome sangat ke? Rupa setakat harga market, aku tak kisah la.. Perangai hodoh macam cipan. Nak berlagak pula dengan aku. Ingat aku yang hingin sangat ke kat dia? Dia fikir aku terhegeh-hegeh nak kan dia sebagai suami aku..??

'' Awak yang nak putus, awak sendiri cakap kat ibu dan ayah saya! Saya tak mahu masuk campur. Bukan saya yang nak bertunang dengan awak dulu. Kalau awak fikir awak seorang yang rugi, saya lagi rugi banyak. Malu pun saya dapat! Awak lelaki, apa yang awak tahu? Awak ingat perempuan kat sana nak sangat ke dengan awak? Mereka semua tu nak kikis duit awak je! Sedar lah diri sikit.! '' aku dah mula membebel. Tak terlawan rasa sakit di hatiku ini.

'' Awak ni kan..!Ishh..! Baik lah, awak ingat saya tak berani ye..? Ok, hujung minggu saya datang rumah awak. Kita putus secara adat..''

Saiful memberi kata putus. Saiful rsa tercabar agaknya dengan kata-kataku tadi. Aku pun malas nak fikir. Aku masuk semula ke dalam keretanya.

'' Baiklah, hantar saya balik sekarang. Dah lewat ni. ''

Saiful bergerak ke tempat pemandu. Baru saja Saiful hendak menghidupkan enjin keretanya, cermin kereta di ketuk dari luar. Saiful memandang ke luar.

' Siapa ni? Tak kenal pula aku..'

Saiful bermonolog sendiri. Diiringi rasa hairan, Saiful menurunkan cermin kereta. Tanpa di sangka, satu tumbukkan mengenai muka Saiful. Saiful terkejut. Terus darah keluar dari hidung. Saiful cuba membalas semula tumbukan tadi namun apakan daya kekuatannya yang seorang untuk melawan tiga lelaki di hadapannya kini. Lelaki yang berada di luar membuka pintu kereta dan menarik Saiful keluar. Kepala Saiful di hentakkan dengan helmet. Aku sangat terkejut melihat adegan tersebut lalu cuba menjerit namun ada lelaki lain yang membuka pintu di sebelahku lalu menarik aku keluar.

Ehh? Apa yang berlaku sebenarnya ni..? Mulutku di tekup dengan lelaki berbadan kurus itu. Aku cuba meronta-ronta. Menjerit-jerit minta di lepaskan. Lelaki yang berbadan besar itu memeluk aku sambil menyuruh aku diam. Saiful pula memandang aku dengan lemah. Perutnya telah di tendang beberapa kali. Aku dapat melihat darah yang keluar di anggota badan Saiful. Saiful barangkali tidak terdaya membantuku.

'' Hei, perempuan cantik! Kau tak nak layan aku ke malam ni? Dari tadi aku dok tengok kau dengan lelaki tu kat tempat gelap ni.. Kau buat apa dengan boyfriend kau kat sini. Nak beromen erk..?
 Rugi rasanya kalau tak dapat 'merasa' kau sama malam ni.. Jom beb! Kita try perempuan ni.. '' kata salah seorang pemuda tersebut.

'' Aku? Ok saja.. ''

Gerun betul aku mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Dasar mat rempit! tak ada kerja.. Hanya tahu merosakkan anak gadis orang.. Dan sekarang... Aku akan menjadi mangsa mereka?? Tidakkk !!!


*************


Menangis air mata darah sekali pun, tak kan dapat mengubah kenyataan yang terjadi. Aku telah di rogol bergilir-gilir oleh empat lelaki mat rempit! Memang tak ku sangka perkara buruk ini akan terjadi kepadaku. Selama ini aku hanya membaca berita di dada akhbar mengenai kejadian rogol ini.

Amira sudah keletihan mengetuk pintu bilikku. Aku pula tidak mengendahkan jeritannya yang memanggil namaku berulang kali. Amira jadi risau mendengar tangisan ku. Amira cuba menghubungi kelurgaku di kampung.

'' Huda! bukalah pintu ni. Jangan lah menangis macam ini. Setiap masalah boleh diselesaikan. Kita bincang ye Huda?? '' Pujuk Amira dari luar. Tangan Amira masih mengetuk pintu. Sebelah tangannya lagi laju menekan nombor telefon.

'' Ariffin, You boleh datang rumah I sekarang tak..? I ada masalah ni.. I perlukan pertolongan You sangat-sangat..!! '' Amira bersuara sebaik yang di panggil menyahut. Tiada seorang pun ahli keluargaku di kampung yang mengangkat panggilan Amira. Entah kemana mereka semua itu pergi.

Aku kebingungan bila di beritahu oleh Amira.. Huhuhu.. Siapalah yang sudi mendengar masalah aku ini. Hendak ku luahkan pada Amira, aku malu. Aku perempuan yang sudah tidak bermaruah. Sanggupkah Amira menerima Aku sebagai sahabatnya setelah mengetahui aku telah ternoda kini??

'' Huda, please!! bukalah pintu ini.. Kita kawan kan?? Tak guna kita berkawan kalau kita tak mampu menolong kawan kita tu.. Mana sikap kau yang suka mengalah tu? Bukalah ! Demi aku sebagai sahabat kau.. Dengarlah cakap aku ni Huda..!! ''

Fikiranku keliru. Aku tak tahu sama ada aku perlu mendengar kata-kata Amira atau tidak. Aku malu. Aku sendiri jijik dengan diri aku. Akhirnya aku membuka juga pintu bilik. Amira menerpa ke arah aku. Seraya memelukku.

'' Kau kenapa Huda? Kau ada masalah ke? Kongsi lah dengan aku.. Aku sudi pinjamkan telinga aku ni untuk kau.. ''

'' Aku.. Aku.. Arghhh.. ''

Bibirku terketar-ketar untuk memulakan ayat. Rasa takut yang merantai hati cuba aku leraikan. Amira seakan memahami ku menggengam erat tanganku.

'' Aku.. Aku.. Kena rogol..! ''

'' What ?? '' jerit Amira. Amira mengucap panjang mendengar ayat-ayatku. Sudahnya, aku juga yang malu. Tak tahu mana nak letak muka ni... Dah tentu Amira pandang serong padaku. Dahi Amira erkerut seolah-olah memikirkan sesuatu.

'' Siapa yang buat? Bila kau kena rogol ni? Kau tak lapor pada polis ke? Kau tak check di klinik? ''
 soalan Amira yang tiba-tiba dan bertubi-tubi seakan menyerang mindaku untuk memberi jawapan.

Dahiku berkerut. Mengapa perlu check di klinik?

'' Kau perlu bersihkan rahim kau, Huda! Aku tak mahu ada nyawa yang bernafas dalam rahim kau. Seboleh mungkin jangan sampai family kau tahu. Apa perasaan mereka kalau tahu anak mereka dah menconteng arang ke muka mereka ? Nanti mereka juga yang malu. Kau check saja.. Ini untuk kebaikan masa depan kau. Aku bukannya jahat sampai suruh kau gugurkan kandungan. Aku fikir tidak salah. Kau masih muda. Perjalanan hidup kau masih jauh. Siapa yang lakukan? Tunang kau ke? ''

Aku mengerti niat baik Amira namun aku takut. Bagaimana agaknya penerimaan Saiful? Saiful kini terlantar di hospital. Aku sempat melawatnya semalam. Kepalanya berbalut. Nasib baiklah kecederaannya tidak berapa teruk.

'' Kau okey tak ni? Kita pergi klinik sekarang ye..? ''

Aku gelengkan kepala. Aku tak mahu. Perasaan takut tu berlegar-legar di minda. Pengakhirannya belum tentu Saiful akan menerimaku semula. Mana mungkin dia mahu menerimaku yang sudah menjadi 'sisa' orang. Tapi... itu bukan salah aku!


*************

'' Saya tetap tak mahu terima awak! Awak dah jadi 'bekas' orang. Saya bukannya lelaki yang akan menjilat semula 'ludahan'orang. Saya tak mahu isteri yang bukannya anak dara lagi semasa saya kahwin dengannya kelak! Dan awak bukannya isteri sesuai untuk saya! Dan baik awak keluar sekarang! Saya kata keluarrr!!! ''

'' Saiful. Awak kena bertanggungjawab ke atsa saya. Awak yang bawa saya ke tempat itu. Awak langsung tak selamatkan saya! Inikah sifat seorang lelaki? Lepaskan tanggungjawab awak sedangkan sepatutnya awak yang menjaga saya. Awak tunang saya! Semasa kejadian ini berlaku, saya dibawah jagaan awak..!''

'' Eh, perempuan! Awak ingat saya ni lelaki apa hah?? Saya takkan ambil 'bekas' orang! Saya bukannya Saiful kalau bukan mencari perempuan yang sempurna dan terbaik untuk menjadi suri di hati saya! Entah-entah awak upah orang untuk rogol awak dan paksa terima awk. Awak ingat dengan semudah tu awak akan dapat cinta saya?? Jangan harap !! ''

' Ya ALLAH kenapa lelaki ini bersikap biadap padaku! Bukan aku nak semua ini terjadi. Aku sendiri tidak rela tubuhku di mamah lelaki lain melainkan lelaki yang bakal menjadi suamiku kelak.'

Aku terkejut mendengar kata-kata yang terlontar di bibir Saiful. Ya Tuhan! Hinanya aku di depan dia. Saiful tak mahu bertanggungjawab. Saiful tetap tidak mahu terima aku kembali. Memang dia yang mahu aku pergi dari hidup dia.. Tak mengapalah...

Aku menanggalkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis. Aku letakkan di atas meja kecil yang ada di tepi katil hopital itu. Tanpa kata-kata, aku beredar dari situ. Aku tidak mahu terhegeh-hegeh memperjuangkan hubungan kami yang pastinya bukan berlandaskan cinta. Biarlah apa nak jadi selepas ini, aku tetap akan teruskan hidupku. Bukannya mati pun kalau aku tak dapat Saiful !!!


*************


Dua tahun sudah berlalu. Dan dalam dua tahun itu juga hidup aku tidak lagi di bayangi dengan wajah Saiful. Aku redha andai bukan dia yang tercatat di Loh Mahfuz sebagai pasanganku.

Aku tersenyum mendengar hilaian gelak tawa anakku, Fatihah ! Wajahnya persis suamiku, Ariffin. Ah.. Memang hidup ini tak dapat nak dijangka. Aku tak menyangka akan menerima lamaran dari Ariffin, teman lelaki merangkap kekasih Amira sendiri enam bulan selepas peristiwa itu. Apa sudah jadi dengan hubungan mereka??

'' Huda! Bukannya aku tidak sayang pada Ariffin. Aku sayangkan dia.. tapi aku seorang perempuan.. sangat memahami hati perempuan yang lain. Lebih-lebih lagi setelah kau dikhianati oleh Saiful. Aku juga sayangkan hubungan persahabatan antara kita. Rela aku korbankan cinta aaku demi melihat kau bahagia. Aku tak sanggup lagi melihat kau berendam air mata menangisi perkara yang dah terjadi. Hari-hari aku mendengar esak tangis kau. Aku tahu kau terseksa. Sudahlah kau putus tunang, maruah kau pula dah tercalar. Maaf kalau ayat aku ini kasar pada kau. Tapi ini hakikat yang tidak boleh dielakkan. Aku dah berbincang dengan Ariffin. Dia bersetuju untuk menerima kau. Dia juga bersedia untuk melindungi dan menjaga kau macam dia jaga aku dulu.. Terimalah Ariffin, Huda! ''

Aku terkesima mendengar kata-kata Amira. Terpegun aku dibuatnya. Aku tak sangka Amira akan bertindak sejauh ini. Mengapa dia sanggup berkorban sehingga begini.??

'' Aku percaya Qada dan Qadar, Huda! Perbuatan yang baik, InsayaALLAH Tuhan akan balas baik pada kita. Seminggu aku fikirkan tentang ini. Seminggu itu juga aku buat solat istikharah. Aku tahu apa yang aku buat itu betul dan ia berlandaskan naluri aku. Aku tak ragu-ragu menyerahkan Ariffin pada kau. Kau juga mampu beri kasih sayang padanya sama seperti aku. Hati kita sama, Huda! Sebab itu aku rela buat begini.. ''

Genggaman tangan Amira di tanganku erat sekali. Air mataku menitis saat aku khabarkan tentang keretakkan hubungan aku dengan Saiful pada keluargaku. Ayah dan Ibu terkejut dengan tindakkan Saiful. Mereka tak sangka Saiful sanggup melepaskan tanggungjawab padaku sedangkan perkara ini terjadi saat aku bersama dengannya. Kesudian Amira memberikan hati Ariffin dan kerelaannya melepaskan kekasih yang disayangi membuat Ibu dan Ayahku sangat terkejut. Mereka tak sangka masih ada insan semulia mereka berdua.

Aku dikahwinkan dengan Ariffin beberapa bulan selepas pertemuan antara aku, Amira dan Ariffin dengan keluargaku untuk menerangkan segala hal yang terjadi. Saat itu, aku bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang sahabat yang berhati mulia dan juga seorang lelaki yang redha dan sanggup menerimaku seadanya. Di dalam hati, ku panjatkan beribu kesyukuran kerana dikelilingi orang-orang yang berhati baik.

Aku tidak lagi mengetahui khabar tentang Saiful. Kali terakhir aku mendengar dia sudah menikah dengan wanita pilihannya. Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar dia bahagia dengan hidupnya. Aku tidak akan berdendam dengan Saiful seperti kata Amira,

'' Tiada guna kita berdendam dengan dia, Huda! Memang pedih hati ini bila di lukai, namun pasti ada yang menyembuhnya. Maafkan atas kesalahan dia yang lalu. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kita tidak tahu akan takdir kita.. ''

'' Tapi Amira?? Hati aku sakit. Pedih. Sampai nyawa tercabut dari badan pun, aku akan ingat perbuatannya yang menyiksa jiwa ragaku. Mana mungkin aku mampu maafkan dia..! '' rintihku.

'' Jadilah seperti aku! Seorang insan yang mampu memaafkan kesalahan orang lain. Aku juga pernah terluka. Bukan Ariffin yang lakukan, tetapi orang lain. Aku maafkan kesalahan dia. Dan Tuhan membalasnya barangkali. Tuhan temukan aku dengan Ariffin. Layanan Ariffin memang baik. Sebab itu aku tidak teragak-agak korbankan kasih pada kau. Aku juga percaya jodoh yang telah ALLAH tentukan buat aku. Kau tengok ni.. '' Amira menunjukkan cincinnya.

'' Kau dah kahwin?? '' Aku tergamam seketika. Amira tak menjemput aku ke majlis kahwinnya kah??

'' Semalam aku dah bertunang. Alhamdulillah, dalam masa terdekat ni, aku akan berkahwin. Aku juga nak rasa macam kau rasa sekarang.. '' Amira tersenyum manis. Ikhlasnya senyuman dia. Amira memang ikhlas berkorban kasih padaku. Sanggup dia menyerahkan Ariffin buatku saat aku dilanda kecewa yang amat sangat.

'' Aku percaya pada Ariffin. Aku harap kau juga percaya pada dia.''


*************


Hari ini, hari perkahwinan Amira dengan seorng lelaki yang kukira baik orangnya. Pernah kami bertemu. Layanan lelaki itu pada Amira memang ikhlas. Aku tahu lelaki yang bernama Nizam itu ikhlas menyayangi dan mencintai Amira. Sama seperti Ariffin. Aku memang tahu sahabat aku yang baik ini, pasti akan mendapat lelaki yang baik juga kelak. Bukan kah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..??

Saat aku melihat Amira dan Nizam berada di atas pelamin yang di hias indah, Ariffin menggenggam tanganku sambil tersenyum manis. Di sebelhnya anak kami yang digendongnya dan bermain rambut Ariffin.

Benar kata orang, kadang-kadang sahabat yang baik sukar nak dicari. Tetapi sahabat yang jahat dan menikam dari belakang memang ramai. Aku bersyukur di kurniakan sahabat seperti Amira. Tak mampu aku nak balas kebaikan dia. Cuma mampu berdoa agar dia bahagia dengan hidupnya.

'' Abang teringat saat kita berada di singgahsana seperti itu. Saat itu, hati abang sudah terpaut pada Huda. Kelembutan hati Huda. Kesudian Huda menjamah cinta abang. Terima kasih sayang kerana memberi abang permata yang tiada ternilai itu.. '' bicara Ariffin menusuk ke kalbu sambil bibirnya menjuih ke arah anak kami yang kemudiannya leka bermain dengan beberapa orang budak yang sebayanya.

Aku tersenyum. Ya ALLAH ! Indahnya rasa cinta itu. Aku bersyukur padamu kerana mengurniakan perasaan indah ini dan menjadi hidupku lebih baik dari dulu.


*** END **

p/s : sad story and happy endding kan.. err sebenarnya Amal ciplak jer citer kat atas tu ( hahaha ) sebab dalam kisah tu terdapat nilai-nilai moral yang boleh kita terapkan dalam diri kita. Selamt membaca ! love korang. (^_*)

January 29, 2013

Tentang Kami





Assalamualaikum semua (^_^) syukur alhamdulillah Amal dapat bertemu korang dalam blog Amal pada kali ni. Ha.. cantik tak gambar kat atas tuh ? cam sweet jer kan peluk2 cam tu.. tingat pulak Amal pada kawanII Amal yg suke peluk Amal cenggitu hehehe. terimbau pulak kenanganII bersama mereka..wahh rindu bangat ni sama mereka ( ehh tibe2 ckp indon pulak.hehehe ) rindu korang jer korang rindu Amal tak ?? arghh mesti korang tak rindu Amal kan.. sob sob sob.. okey stop cakap pasal rindu-rinduan ni yer. Meh kiter story about us. hehehe (^_^) Dalam dunia ni, Amal ada ramai sangat sangat dan sangat kawan.. ( ape punya banyak la sangat..hahaha ) tapi dalam ramai2 kawan Amal tu ade kawan yang istimewa , terIstimewa , yang best , yang gempak , yang gila2 dan yang hot ( hot? err..mungkin ) ehh ? istimewa n terIstimewa tu bukan sama ker ?? Jawapannya TAK. Yang istimewa dan terIstimewa ni berbeza. (ops..tak terikat dengan mana2 lelaki ye di situ) berbeza cemana ehh ? ha yang tu biar diri Amal jer yang tahu ok ? hehehe. Dalam soal berkawan ni kita perlu memilih kawan. betul tak ? eh eh bukan memilih macam nak pilih calon suami tau. maksud Amal memilih kawan ni mcm mata dan tangan. bila mata menangis tangan yang tolong lapkan. ha.. macam tu.. :) kawan ni kita kena sayang die sampai hujung nyawa. ibarat kata sampai ke syurga sampai dunia akhirat dan macamII lagi .. Korang sayang kawan korang mcm Amal sayang kawan2 Amal tak ? Ohh mesti lah korang sayang kawan2 korang kan kan.. (^_^) sayang korang !!! muahh. (mengade betul) :p


Haa.. cantik tak pemandangan dalam gambar kat atas tu ? cantik kan kan kan (abaikan orang di dalam gambar tu.hehehe ) Kat sini la kali pertama Amal jejak kaki kat tempat yang sangat menakjubkan pemandangannya. ya. sangat besar kekuasaan ALLAH.. tempat ni sangat sangat cantik dan kalau sesiapa pergi Amal sure pasti mereka akan amek gambar banyak2 macam Amal yg suka bergambar kat sini. hehehe. ehh apsal citer pasal pemandangan bagai pulak ni.. dah lari topik dah ni..ishh sibuk jer.. suka hati Amal la nak citer benda ape pun. blog Amal kan. huh. ( arghh toucing la pulak. hahaha ) <-- ehh ehh siap wat gimik la pulak budak Amal ni. mengade betul. hahaha. :D Takde la.. sebenarnya Amal uploadkan gambar tu sebab ade dua benda penting di situ. nak tahu ? biar la rahsia .. huhuhu (tengok ! mengade kan) Haa ye lah Amal bagitahu korang apa benda penting sangat yang Amal sorok tu okey. hehehe. Actualy benda penting tu memang sangat penting la bagi Amal. tersangat penting.. hihihi ape dia ? sabar la nak bagitau dah ni... sebenarnya kat situ la kali pertama orang yang sangat penting dalam hidup Amal bawa Amal ke tempat tu. Memang teruja giler bila sampai kat situ. memang WOW la bila dapat naik atas bukit yang jalannya berliku-liku pastu dapat tengok ciptaanNYA dengan hati yang sangat tenang. Amal sebenarnya dah lama teringin nak ke sana ( atas bukit tuh ) tetiba dengan kuasa ALLAH org yg terIstimewa ajak Amal ke sana. hepi giler kot time tuh.. hehehe.. sayang sangat kat awak kawan yang terIstimewa.. muahh bagi kiss satu.hehehe. ehh mana lagi satu sebab ? kan tadi Amal cakap dua sebab. Haa yang satu lagi tak yah bagitau la ye. huhuhu. ( cis. penipu betul budak Amal ni )


Tadaa .. haa ni antara kawan2 Amal yang Amal sayang.. memang teramat amat sayang kat dieorang. Apa tak nye kami dah macam adik beradik kandung walaupun berlainan negeri berlainan dialek berlainan kulit (kulit Amal paling gelap) dan berlainan rupa, namun kami tetap serasi bersama walau kemana saja kami pergi, apa jua kami makan, dan apa saja kami pakai.hehehe (kes pinjam meminjam baju tu x yah cakap x pe memang dah jadi tabiat kitaorg.huhuhu ) Memang mereka ni sangat heppy go lucky la. perangai giler2. kekadang sweet2 ( sampai nak termuntah pun ade kalu sweet terlampau. kahkahkah ) dan kekadang angin tak tentu pasal huhh.. time angin tu memang kena cepat2 tutup tingkap rumah la nanti ribut melanda. hahaha Takde lah.. gurau je.. dieorang ni best sebab dieorang ni tak macam orang lain. dieorang ni kalau nak marah antara satu sama lain mesti dieorang sabar jer..tak marah melulu la. pastu kalau ade salah sorang datang pujuk dan bagi nasihat yg nak marah pun jadi dah tak marah dah..dan yang buat org marah tu mesti mintak sori. best jer dapat kawan cam dieorang. hehehe. Tapi kekadang tu ya ALLAH bising takyah cakap. dah nama pun happy go lucky memang jenis riuh miuh la.. ( miuh ?? ade ke pekataan tuh ? arghh biar la hihihi ) sampai kadang2 berebut rebut nak sembang.. adoii..yang ni nak story yang tu nak story..last2 aku tutup telinga x nak dengar semua.hahaha padan muka.. :p jahat la pulak aku ni..hehehe kekadang jer wat cam tu sebab kekadang jer dieorang cam tu.haha tapi best la dengan dieorang ni. Dah adat berkawan kan mestilah ade goncang sikit2 hubungan tu kan.. tak di nafikan lah memang kekadang tu bertegang urat saraf tunjang ni haa.. hahaha tp kami dapat settle dengan cara yang baik. kan BFF mane boleh gaduh lama2 hehehe.. (^_^)


Uhuk..uhuk..terbatuk dan terbeliak biji mata tengok gambar si gadis dua orang yang manis dan cantik jelita ni.. ( haa..tak yah menggatal ekk.. tu kawan Amal tu. nak kena tumbuk dgn dieorg ker ? ) Cantik dan ayu kan mereka ni ?? Aha cantik..cantik sangat.. Time ni kitaorang OTW ke Kelantan..Mereka ni kawan Amal dari sekolah lagi.. bergurau, bergaduh, bermesra, berenjoy semuanya dengan mereka lah. banyak hidup Amal bersama mereka. banyak suka dan duka bila bersama mereka..sayang mereka ketat2 .. muahh !! Siapa sangka ALLAH pertemukan Amal dengan mereka yang sangat prihatin tentang Amal, care pasal Amal, yang sayang Amal dan paling penting mereka memahami Amal.. (T_T)  (sob sob sob nanges jap.. ) mereka paham hidup Amal. memang sukar nak jumpa kawan dan sahabat sekaligus merungkap teman terbaik dalam hidup Amal.. Tak sangka kan.. kita yang dulu satu sekolah yang hanya jeling menjeling dah jadi BFF the best in the world in my life ( entah betul entah tidak bahasa omputih Amal tuh.hehehe ) Percaya atau tak, selama Amal berkawan dengan mana2 kawan yang Amal ade, dieorang satu2 nye kawan yang tak pernah bertengkar dengan Amal. percaya tak ?? mesti tak percaya kan kan ?? tapi tu lah kenyataannya.. (^^) tapi Amal tak menafikan lah memang ramai lagi kawan2 Amal yang Amal tak pernah bergaduh..yang Amal cakap ni kawan Amal yg rapat dengan Amal.. yang tak seberapa rapat tu ade je pun.. hehehe


Teng teng teng teng.. hehehe comel comel comel !!! comel kan sahabat / kawan Amal yang ni.. serius comel.. suka jer tengok muka die.. dah la putih melepak ( amek hati jer pun..hehehe ) seirus memang die putih.. comel giler die ni..fuhhh.. tiup habuk yang melekat kat gambar die..hekhekhek . Sebenarnye die pun kawan Amal dunia akhirat tau ! sanggup susah payah dengan Amal.. bantu Amal time Amal ade problem. hiburkan Amal time Amal sedih.. tapi satu je pangai kawan Amal yang sorang nih.. segala rahsia die, die sembunyikan drp Amal.. bak kata orang masalah die jarang die nak share ngan Amal n kawan2 yang lain.. tu yang kadang2 bengang ngan die tuh huhh !! hahaha takde lah.. tu yang kadang2 susah nak tahu yang die ade masalah.. kadang2 kalau masalah die berat sangat, terpancar kat muka die kalau die x story dgn kitaorg.. Tapi.. die best tau..best kawan dgn die.. Amal suka sangat kawan dgn die.. die kawan Amal time sekolah lagi. ehh sama dgn kawan Amal yg dua orang yg kat atas tu ker?? Aha.. sama lah.. kitaorang satu sekolah dan satu kelas..tu yang best tuh. memang banyak sangat story sedih, kelakar, giler2 dan banyak lagi pasal kitaorg..kalau nak share kat sini rasanya tak habis kot.. hehehe nanti lain kali Amal citer pasal dieorang pada korang ye.. sayang korang muahh <3 Okey lah.. Amal rasa dah panjang lebar bebenor dah Amal story dengan korang semua. jari pun dah penat. otak pun dah mintak rehat. perut pun dah nyanyi lagu rock, jadi Amal mintak undur diri dulu la ye semua.. Okey jumpa Amal di episode akan datang..cewahh ini semua poyo.. hahahaha. okey lah. babai korang. nah amek kiss dari Amal satu. muahh <3 !! Assalamualaikum. (^_^)


'' Ya ALLAH ya tuhanku Sesungguhnya hambaMU yang hina lagi kerdil ini memohon kepada MU ya ALLAH agar di perkukuhkan lagi silaturahim antara hamba MU dengan sahabat sahabat handai sekalian dan KAU jaga lah persahabatan kami dengan sebaik-baik penjagaanMU kerana hamba percaya dan yakin tanpa penjagaanMU hancur musnahlah persahabatan di antara kami. AMIN. ''

January 27, 2013

LUKA SERIBU RINDU



Dalam kesuraman ultra lembayung, ketika bulan 12 menumpahkan cahaya di kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenang nostalgia cinta lama yang kita palitkan bersama. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hydrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali usus besarku. Dan kehadiranmu mengajarku erti rindu, gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, peguin, kambing salji, mi sup, cendol dan abc. Kala itu kita bagaikan nobita dan sizuka. Kau dan aku bagaikan nurul dan salman dalam cerita cinderela yang tak dapat di pisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Afrika. Kau pergi jua. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca dari penerbangan pokok balak secara besar-besaran di gua musang. Pemergianmu itu membuatkan aku menghidap penyakit resdung & hepatitis Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku pakai helmet setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Aku bagaikan telah tergelincir daripada orbit bumi apabila gravity tidak lagi berfungsi terhadapku. Setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ‘’rubet set’’ seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita seperti di dalam gua batu kapur yang hanya di temani straligit dan stalagmite yang penuh dengan tahi-tahi kelawar bagaikan sembilu menyesakkan hempeduku. Vila cinta yang kita bina dari makgat basikal akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah tanpa melihat ¼ belah mata pun. Ternyata kau mula berubah setelah Malaysia melancarkan jet Apollo ke ruang angkasa. Akhirnya kau sering kali lari setempat bila terserempak dengan aku. Sejak itu, aku menyedari bahawa diri ini tidak di perlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering bersendirian, berbual dengan pokok betik. Kadang-kadang aku mengikat botol budu pada tiang rumah agar Nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung dalam peti sejuk mengenang dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain dek cok sambil makan mee sup untuk melupakanmu,tapi.. aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah 3 ekor serati jiranku, menandakan aku tak bersalah. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Mengapa sayang?? Mengapa semua ini terjadi ?? Mengapa setelah kau curi cintaku kemudian kau gadaikannya di kedai emas Tek Chai. Aku bagaikan terhimpit dan di himpit oleh guni-guni simen yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan ke atas belakangku bagaikan memikul 88 ekor mengkarung dan 125 ekor anak cicak yang baru menetas dan kini.. dan kini segala harapan ku telah hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara loji air Kelantan water dan dihempap oleh tiang besi pemancar NTV7 yang terletak di kedai mulong lalu tersangkut di celah landasan keretapi KTMB dan digilis pula oleh sesodok hingga badanku hancur berkecai. Ohh .. terlalu berat dugaan yang ku tempuhi, kini semuanya telah berakhir. Aku sedar siapa aku hanyalah umpama seekor biri-biri di dalam kandang lembu. Aku bukan sizuka, Bulma atau Kiki. Aku juga bukanlah Sailormoon yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu di kesali lagi kerana cha kueh sudah menjadi cek mek. Tin sartin cap ketitir yang ku genggam telahpun expire date.

Segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu termasuklah plag 2 pintelah ku kitar semula di dalam tong jingga kerana kau telah berfikir dahulu sebelum buang.. Walaupun pada hakikatnya ianya tidak sepatutnya dimasukkan di dalam tong jingga tersebut,namun aku buat tak dek jer.. kerana aku terlampau tension tahap enjin jet concorde buatan AS. Walaupun segalanya telah berakhir, di atas pokok cepupu ini aku tetap menunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli belah billion, selagi bangunan Mall tersergam indah, selagi ada kedai kasut selipar jepun argentina, selagi ada makanan segera Mcdonals, aku tetap akan menunggu kau sehingga matahari terbelah lapan. Namun, aku menyedari bahawa penantian aku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil kesempatan untuk menunggu tiang tepon di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang tepon tu berbuah, aku poskan untuk kau. Nak tak ??

January 2, 2013

MANA MAK ???

                                            ... ... ASSALAMUALAIKUM w.b.t guys ... ...

Hari ni Amal nak share cerita sedih buat pembaca semua. harap korang dapat memanfaatkan cerita ni dan buat ia sebagai satu pengajaran dalam hidup. :( Amal sendiri menitiskan air mata bila baca kisah ni ... memang sedih sangat.. Hargai ibubapa anda selagi mereka masih ade. Cerita ni Amal copy dari satu sumber ( takyah g tau la sumber mana) okey jom kita start story nih ..harap korang baca sampai habis okey . :)


Jam 6:30 petang. :: Mak berdiri di depan pintu. wajah mak kelihatan resah. mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya mak, '' Along mana? '' mak jawab '' ada di dapur tolong siapkan makanan.'' Ayah tanya mak lagi '' Angah mana? '' mak jawab ''angah mandi baru balik main bola.'' Ayah tanya mak, ''Ateh mana? '' mak jawab ''Ateh, kak cik tengok tv dengan acik di dalam.'' Ayah tanya lagi, '' Adik dah balik ? '' mak jawab ''belum. patutnya dah balik, basikal adik rosak kot. kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari adik. '' Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari Ayah tanya soalan yang sama. mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.








DUA PULUH TAHUN KEMUDIAN


Jam 6:30 petang. :: Ayah balik ke rumah. Baju Ayah basah hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, '' Mana Mak ? '' Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab '' Tak tahu. '' Ayah tanya Angah '' Mana Mak ?'' Angah menonton tv , angah jawab '' mana angah tahu.'' Ayah tanya Ateh, '' Mana Mak ? '' Ayah menunggu lama jawapan dari ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya ateh lagi, ''Mana Mak? '' Ateh menjawab '' Entah. '' Ateh terus membaca majalah tanpa menoreh kepada Ayah. Ayah tanya Alang '' Mana Mak? '' Alang tidak menjawab. Alang hanya menggongcang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya kakcik dan adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang Ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana mak. Tidak ada siapa yang merasa ingin tahu di MANA MAK. Mata dan HATI anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari dimana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali Ayah bertanya ''Mana Mak. ? '' Tiba-tiba adik bongsu bersuara '' Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik !!!. Tersentap hati Ayah dengar kata-kata adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila pulang dari sekolah. Mereka akan tanya '' Mana Mak ? '' Apabila mendapat nombor satu atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak dah besar. Sudah lama anak-anak mak tidak bertanya '' Mana Mak ? '' Semakin anak-anak Mak membesar, soalan '' Mana Mak ? '' semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ni Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah, Mak berhenti di hadapan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang menggotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak di ketat rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak Mak seperti masa anak-anak Mak kecil dahulu. Mereka sudah besar, Mak takut anak-anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta megah milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu, Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju Mak basah kena hujan, Ayah tutupkan payung Mak. Mak bagi salam. salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian mak uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat mak uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari mak uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda  '' Wah.. berebut lah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.'' Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak menjadi hakim pembuat keputusan muktamad. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.





Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoreh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dahulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah mak uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak ingin masak rebung masak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab '' Saya dah suruh uda telefon budak-budak tu tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.'' Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak-anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang menjemput Mak. Mak tahu anak-anak Mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata Ayah '' Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu, kita buat saja sendiri.apa-apa pun mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati, kita masih ada peluang untuk merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.'' Mak faham buah hati Mak sudah semua besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak cik dan Adik masing-masing sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum di usik oleh anak-anak Mak.



BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN .. ..








Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kakcik dan Adik, '' Mana Mak ? ''. Hanya Adik yang jawab '' Mak dah tak ada. '' Along, Angah, Ateh, Alang, Kakcik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam esakan tangis Along, Angah, Ateh, Alang, Kakcik dan Adik menerpa kubur Mak, hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa ank-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kakcik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang , Kakcik dan Adik, mereka tidak mendengar handphone berbunyi semasa Ayah menelefon untuk memberitahu Mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain dan bukan pada Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa. HANYA UNTUK ANAK-ANAK MAK. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu Ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam renyai hujan. Ayah sedih sebab tidak ada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, '' Mana Along ?'' '' Mana Angah ? '' ''Mana Alang ? '' '' Mana Ateh ? '' '' Mana Kakcik ? '' atau '' Mana Adik ?'' Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan Ayah itu dan jawapan Mak tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab Mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa dihati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih, di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, ''mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kakcik dan Adik, '' Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang, dan Adik mengikut dari belakang. Hati Ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam tu, '' Cantiknya kereta Ateh kan bang ? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat kuala lumpur tu. Saya akan bawa kueh koci buat bekal. ''



''Ayah... Ayah..bangun...'' Suara Ateh memanggil Ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh... Terketar-ketar Ayah bersuara .. '' Mana Mak ? '' Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah sepuluh tahun Mak pergi, namun soalan '' Mana Mak ? '' masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia ....





p/s :: Hargailah kedua ibu bapa kita selagi dia masih ade .. sedih sangat story ni..sampai Amal sendiri menitis air mata.. sayang mak ayah dunia akhirat. <3

December 20, 2012

KISAH WANITA YANG MENJADI PENGASUH RASULULLAH

                                               ...  ASSALAMUALAIKUM w.b.t guys ...

Today Amal nak share story about WANITA YANG MENJADI PENGASUH RASULULLAH S.A.W kat u ols .. harap korang korang sume sudi membacanye ye. share story yang baik baik tak salahkan ? ngeee :D ok. jom ikut Amal menghayati story besh ni yer .. hehehe :)


Adakalanya anak yatim mendapatkan ganti selain ibunya,berupa kasih sayang dan pemeliharaan, sebagaimana dilakukan oleh UMMU AIMAN. jom ikuti kisah ini dari awal hingga akhir. :)


Ketika itu penduduk MEKAH sedang merayakan kemenangan terhadap tentera GAJAH, sementara Aminah binti Wahab lebih suka mengasingkan diri dan tinggal sendirian. Dia ingin berbahagia dengan janin yang dirasakannya dalam kandungan. Akan tetapi, dia segera teringat suaminya yang tidak ikut merasakan kebahagiaan dengan kenikmatan tersebut. Cahaya yang di lihatnya telah memenuhi seluruh anggota tubuhnya berupa pancaran,kejernihan serta kebahagiaan dan membuatkan dia lupa akan penderitaan yang dialaminya. ALLAH telah menimbulkan simpati di hati orang orang yang di penuhi cinta dan kasih sayang terhadap anak yatim ini. Oleh kerana itu, sahaya perempuan dari Habsyah yang telah di warisi anak yatim dari ayahnya yang telah tiada, begitu melihatnya, ALLAH memasukkan rasa cinta dan kasih sayang ke dalam hatinya kepada anak yatim itu sehingga dia menyukainya. Maka, sahaya itu mengasuh dan menyayangi serta mengutamakannya dengan tambahan cinta dan kebajikan serta kasih sayang yang biasa memenuhi hati para ibu. Hal itu berlangsung hingga datang wanita yang menyusuinya ke Mekah, lalu mengambilnya ( NABI MUHAMMAD ) dari asuhannya dan asuhan ibunya, kemudian di bawa ke dusun. Ummu Aiman bersabar atas pemergian dan perpisahan ini.



Setelah itu, bayi yang sudah mulai membesar itu kembali dari dusun ke Mekah kepada ibuny dan pengasuhnya untuk menikmati kasih sayang dan pemeliharaan mereka berdua. Kemudian Aminah membawa anaknya ke Yatsrib untuk menziarahi saudara mara ibunya dari bani Najjar. Pengasuh itu ikut bersama mereka berdua. Setelah anak dan ibu ini menziarah ke tanah yang di janjikan, dia pun kembali bersama kedua ibunya yang mulia ke kampung halamannya Mekah. Akan tetapi, belum begitu jauh anak itu dari Yatsrib, sang ibu jatuh sakit sebagaimana yang dulu menimpa ayahnya sebelum sampai ke Mekah. Tatkala anak itu tiba di Abwa' , datanglah kematian ibunya. Maka anak itu menjadi yatim piatu sebagaimana yang di kehendaki oleh ALLAH. Dia telah kehilangan ibu dan ayah, sekarang tinggal lah dia bersama pengasuhnya. Lalu dibawanya kepada bapa saudaranya seorang diri, di pelihara olehnya. Sejak daripada itu, Ummu Aiman menjadi ibu dari anak itu. Dia memeliharanya ketika bayi dan remaja hingga memasuki usia dewasa dan berkeluarga. Maka Muhammad s.a.w membebaskan dan mengembalikan haknya yang penuh dalam kehidupan yang mulia. Kemudian Ummu Aiman berkahwin dengan seorang lelaki dari penduduk Yatsrib yang bermukim di Mekah. Ummu Aiman hidup bersamanya selama masa yang dikehendaki oleh ALLAH. Kemudian dia pergi bersamanya ke Yatsrib. Ketika suaminya meninggal, dia pun kembali kepada anaknya yang pertama dan ikut pula anaknya yang kedua, Aiman bin Ubaid. Ummu Aiman memelihara anak yatim ini bersama anaknya dan hidup dengan penuh kebahagiaan.



ALLAH menyempurnakan nikmatNYA atas muhammad, dia tidak pernah lupa terhadap ibu angkatnya sehingga Nabi s.a.w mengungkapkan perasaannya terhadap Ummu Aiman dengan perkataan kesetiaan ''Sesungguhnya dia Ummu Aiman adalah sisa dari keluargaku.'' Nabi s.a.w sangat berharap agar Ummu Aiman hidup dengan senang.maka beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya ''Barang siapa ingin berkahwin dengan wanita calon penghuni syurga, hendaklah dia berkahwin dengan Ummu Aiman. '' Maka segeralah sahaya ZAID mengahwini Ummu Aiman. Ummu Aiman hijrah dari Mekah ke Madinah untuk menyusul orang yang paling di cintainya. Tiada yang menghiburkannya di jalan kecuali imannya. Dia tiba di Madinah dan bertemu denagn anak-anaknya yang menyambut dan menyayanginya. dia habiskan hari-harinya bersama Nabi s.a.w. Ketika menyaksikan peperangan Uhud bersama kaum muslimin, dia mengedarkan air dan memberi minum orang-orang yang terluka serta yang mengalami kepayahan. Ummu Aiman turut ikut dalam Perang Khaibar bersama anaknya dan menolong kaum muslimin dan merawat mereka dengan penuh kasih sayang. Di masa damai, Nabi s.a.w bergurau dengannya akan tetapi beliau hanya mengatakan yang benar. Tatkala Nabi s.a.w kembali kepada PenciptaNYA, Ummu Aiman menangis atas terputusnya wahyu sebab kewafatannya. Ummu Aiman juga menyaksikan kematian Umar dan mengucapkan perkataan ''Sekarang ISLAM menjadi LEMAH''



Di awal pemerintahan Uthman, Ummu Aiman menghadap Tuhannya dalam keadaan redha dan di redhai. Inilah dia Ummu Aiman bekas sahaya Rasulullah s.a.w dan pengasuhnya yang di warisi dari ayahnya, lalu Nabi s.a.w membebaskannya ketika beliau menikah dengan Khadijah binti Khuwailid. Dia menikah dengan Ubaid bin Zaid dan mempunyai anak bernama Aiman yang mana menjadi sahabat Nabi s.a.w dan terbunuh di Perang Hunain. Said bin Haritsah adalah bekas sahaya Khadijah binti Khuwailid yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w, lalu di bebaskan dan menikahinya dengan Ummu Aiman setelah beliau menjadi Nabi dan melahirkan Usamah bin Zaid. Ummu Aiman hijrah dua kali dan meriwayatkan lima hadis dari Nabi s.a.w.



Begitulah kisah bagaimana seorang wanita yang tiada pertalian darah dengan Baginda sanggup bersusah payah mengasuh dan menjaga Baginda dengan baik dan sempurna. Mampukah KITA menjadi wanita semulia Ummu Aiman ??? sama-samalah kita berubah dan perbanyakkan istiqamah dalam hidup. :) OK guys.. sampai sini dulu ye belog Amal kali ni. hope you ols enjoy with mystory. papai.. 
Assalamualaikum :)