SCM Music Player

November 17, 2012

Dialog malam pertama



Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.


Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?

Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada. Nanti sekejap.

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).

Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.

Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?

Isteri : Oh! ada, saya ingat.

Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit merekaberwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.

Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?

Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.

p/s :: rupa paras tidak menjanjikan kebahagiaan .. .. agama itu lebih penting dari segalanya ...

November 16, 2012

MAKHLUK ASING.

                                                        ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Hari nie Amal nak citer pasal makhluk asing yang baru muncul di dunia ini.. *hahaha* makhluk asing ni sebenarnya dah lama wujud, cuma kita je yang tak berapa nampak kewujudan makhluk tersebut. nak di jadikan cerita lagi, makhluk ni berada di merata- rata tempat.. haha jangan terkejut ye kawan2.. :)  Makhluk asing ni juga berjantina ! oishh bahaya ni .. kalau tak berjanti na tu kira ok la jgk kan.. boleh sikit kita bayangkan rupa dan bentuk makhluk asing tu kan kan.. tp ni berjantina..jadi susah pulak nak bayangkan cemana rupa dan bentuk makhluk asing tu..haishhh ... *mengeluh jap*  Mesti korang semua nak tahukan rupa paras dan bentuk makhluk asing tu kan kan? ok.. rupa die sangat elok drp korang. sgt cantik dan sangat kacak drp muka korang yg hitam legam tu. *ops..* makhluk asing ni juga mempunyai sifat yang baik dan lebih baik drp korang sifatnye.. tak caye ? hahaha jap g korang pasti caye punyer.. :) * ehh aku bukan reka citer lah. dah memang makhluk asing tu lebih perfect drp kau. terima je la..* ok meh sini aku tunjuk contoh muka makhluk asing tu.. ha.. tengok bawah ni yer.. !!







tadaaa ... amacam ?? betulkan ape aku cakap tadi.. memang makhluk asing ni jauh lebih baik baik baik dan baik drp korang semua. buktinye makhluk asing tu berpakaian tak sama macam korang semua *termasuk aku kot* indah kan makhluk asing ni ?? cun melecun lagi tu..  nak tengok lagi? jap jap.. ade lagi...






haaa.... tu dia.. tengok yang ni pulak.. perghh..memang cantik dan terbaik la geng-geng makhluk asing ni.. memang terbaik drp korang semua *termasuk aku lagi* indah kan muka die ? tenang jer tengok ade yang macam ni.. :)  Memang aku tabik giler2 la dekat geng makhluk asing ni.. asal eh aku cakap org lawa2 cm ni makhluk asing? *ehh.. tetibe lak tukar jd org.haha* korang nak tahu ker ? alah.. takyah ahh.. bukan korang tak minat ker dengan geng2 ni? ohh minat ye ? ok aku gtau.. soalannye nape aku ckp geng lawa / muslimah ni geng makhluk asing? jawapannya sebab dah memang sebagai muslimah kompem la jd makhluk asing bagi masyarakat kita di dunia ni. !! huh !! tak paham? meh sini aku terangkan .. kalau korang pergi mall or mana2 tempat yg kebanyakkannya org awam pergi,yang berbaju t-shirt , berseluar panjang,jeans, skirt dan macam2 lagi, tetibe korang nampak 2 org muslimah yg berbaju mcm kat atas tu kat situ.. ape korang rasa dan mcm mna korang andang die ? eleh..sah2 la korang pandang die cam pelik.com kan? mesti korang tengok muslimah tadi tu dengan pandangan yg ganjil bin ajaib.tak yah tipu ok.aku pernah alami semua tu. :) sebab tu aku panggil geng ni geng makhluk asing. sbb korang semua akan pandang die mcm makhluk asing yg baru jatuh dri langit.. asal eh ? sepatutnya muslimah2 tu yg patut dan wajib pandang korang2 semua mcm makhluk asing!!! bukan korang yg pandang mereka mcm tu. *ehh sengal* comel ape geng muslimah tu pakai cam tu.lebih comel cute cantik drp korang lah !! nak nampak cntik cute n comel jgk ? so, pakai lah cam tu.sah2 korang masuk syurga dengan menutup aurat mcm tu. layan gambar lagi.







ha tengok !!!! betapa indah kan mereka yang menutup aurat dengan sempurna.. :) sweet. comel. cantik. indah. semua ade terlekat pada org soleh dan solehah ni.. *memang aku jeles giler2 tengok org cm ni* sesekali teringin juga aku nak dapatkan si soleh ni.. tapi tak mungkin lah.. kalau nak dapat yg soleh kena berhenti mencari si soleh tap berusaha menjadi si solehah. ok korang. aku dah penat. jumpa lagi.bye.
Assalamualaikum ..



November 14, 2012

Salam Maal HIJRAH 1434

 

                                                          ASSALAMUALAIKUM W.B.T ..
Selamat menyambut tahun baru MAAL HIJRAH 1434 kepada semua umat islam di seluruh dunia.. semoga dengan kemunculan tahun baru ini dapatlah kita sama-sama mencari keredhaanNYA dan mencari cinta..* ehh ehh bukan cinta sesama manusia,tapi cinta terhadap ALLAH dan RASULNYA ye *  Di kesempatan ini Amal ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada korang semua jikalau Amal ade wat korang semua terasa hati, termakan hati, tersentuh hati, terguris hati, termarah dengan sengaja atau tak sengaja, tertengking, bercakap kasar, terpukul dengan sengaja atau tak sengaja, tercaci maki, terngumpat, termarah dan ter ter ter banayk lagi. * rasanya sah2 la mmg ade kan*
Apa2 pun yang buruk tu datang dari diri Amal sendiri, dari kekurangan diri Amal dan kecacatan diri Amal.. dan yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t .. Sempena tahun baru ini juga marilah kita sama2 berjihad di jalan ALLAH, tak kira dengan cara apa sekalipun, marilah kita sama2 bersatu hati dalam menegakkan agama ALLAH. :) selain itu , ayuh sama2 berazam untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik drp sebelumnya. AYUH SEMUA kita lakukan perubahan dalam diri demi kecintaan kepada agama kita. sebelum terlambat dan sebelum ALLAH menarik pemberian waktu atau masa untuk kita berubah..

p/s :: masa itu ibarat pedang, jika kita tak memotongnya dia yang akan memotong kita ..
        jom tengok gambar masjid di bawah ni . tenang dan damaikan.. :)
 

                                                                          cantik kan ?


                               mohon ALLAH percepatkan hajat dan keinginan untuk ke sana amin.


                                                               tenang dan damai kan ?