Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama
mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit
mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.
Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan
keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah
mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu
perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam
pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya
menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin
mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik
belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan
pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan
gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia
akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta
itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak
akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung
di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan
memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari
Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak
ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2
biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat
wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika
mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka
niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan
utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang
berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah
nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi
tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah
Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan
kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di
neraka kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan
dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari,
malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek
diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis
ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia
lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang
batin.”
Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat
mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan
solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat
kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga
nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan
Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami
akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan
ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan
dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan
perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan
mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana
cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman
lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur”
(ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik
mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada
mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan
macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab
hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir
lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada, saya ingat.
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa
yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka,
puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka
mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit merekaberwarna putih, pakaian
mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning
(yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu
mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi,
kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di
dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan
kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan
(dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah,
ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang
lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan
perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian
perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas
suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam
Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka
dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang
wanita daripada bidadari.
Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya
jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan
hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga
mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh
wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian
kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat
dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan
mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita
manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan
dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat
di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya
kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami
saya!
Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi
satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak
juga!
Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam
mana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah
seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka
bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu
menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan
meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari
Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan
saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang
senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang
membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan
Tirmidzi)
Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya,
terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya
dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah
dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita
berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan
soal itu ya.
p/s :: rupa paras tidak menjanjikan kebahagiaan .. .. agama itu lebih penting dari segalanya ...

No comments:
Post a Comment