Dalam
kesuraman ultra lembayung, ketika bulan 12 menumpahkan cahaya di kaki langit
khirmizi, tiba-tiba aku terkenang nostalgia cinta lama yang kita palitkan
bersama. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hydrogen menerjang segala
kekusutan yang membelit tali usus besarku. Dan kehadiranmu mengajarku erti
rindu, gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang
kutub, peguin, kambing salji, mi sup, cendol dan abc. Kala itu kita bagaikan
nobita dan sizuka. Kau dan aku bagaikan nurul dan salman dalam cerita cinderela
yang tak dapat di pisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas
hingga ke planet pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah
mengecewakan seluruh penternak lipan di Afrika. Kau pergi jua. Sesungguhnya
perpisahan itu berpunca dari penerbangan pokok balak secara besar-besaran di
gua musang. Pemergianmu itu membuatkan aku menghidap penyakit resdung &
hepatitis Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku pakai helmet setiap masa
sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti
tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Aku bagaikan telah tergelincir
daripada orbit bumi apabila gravity tidak lagi berfungsi terhadapku. Setelah
aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ‘’rubet set’’ seluruh
perjalanan hidupku menjadi gelap gelita seperti di dalam gua batu kapur yang
hanya di temani straligit dan stalagmite yang penuh dengan tahi-tahi kelawar
bagaikan sembilu menyesakkan hempeduku. Vila cinta yang kita bina dari makgat
basikal akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah tanpa melihat ¼ belah mata
pun. Ternyata kau mula berubah setelah Malaysia melancarkan jet Apollo ke ruang
angkasa. Akhirnya kau sering kali lari setempat bila terserempak dengan aku.
Sejak itu, aku menyedari bahawa diri ini tidak di perlukan lagi. Sejak kau
tiada, aku sering bersendirian, berbual dengan pokok betik. Kadang-kadang aku
mengikat botol budu pada tiang rumah agar Nampak lebih cantik. Saban hari aku
termenung dalam peti sejuk mengenang dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku
cuba bermain dek cok sambil makan mee sup untuk melupakanmu,tapi.. aku tak
berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah 3 ekor serati jiranku,
menandakan aku tak bersalah. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi.
Mengapa sayang??
Mengapa semua ini terjadi ?? Mengapa setelah kau curi cintaku kemudian kau
gadaikannya di kedai emas Tek Chai. Aku bagaikan terhimpit dan di himpit oleh
guni-guni simen yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan
ke atas belakangku bagaikan memikul 88 ekor mengkarung dan 125 ekor anak cicak
yang baru menetas dan kini.. dan kini segala harapan ku telah hancur berkecai
bagaikan aku terjatuh dari menara loji air Kelantan water dan dihempap oleh
tiang besi pemancar NTV7 yang terletak di kedai mulong lalu tersangkut di celah
landasan keretapi KTMB dan digilis pula oleh sesodok hingga badanku hancur
berkecai. Ohh .. terlalu berat dugaan yang ku tempuhi, kini semuanya telah
berakhir. Aku sedar siapa aku hanyalah umpama seekor biri-biri di dalam kandang
lembu. Aku bukan sizuka, Bulma atau Kiki. Aku juga bukanlah Sailormoon yang kau
idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kemudahan awam di tempat
sendiri. Tak perlu di kesali lagi kerana cha kueh sudah menjadi cek mek. Tin
sartin cap ketitir yang ku genggam telahpun expire date.
Segalanya
sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu termasuklah plag 2 pintelah
ku kitar semula di dalam tong jingga kerana kau telah berfikir dahulu sebelum
buang.. Walaupun pada hakikatnya ianya tidak sepatutnya dimasukkan di dalam
tong jingga tersebut,namun aku buat tak dek jer.. kerana aku terlampau tension
tahap enjin jet concorde buatan AS. Walaupun segalanya telah berakhir, di atas
pokok cepupu ini aku tetap menunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini, selagi
ada kompleks membeli belah billion, selagi bangunan Mall tersergam indah,
selagi ada kedai kasut selipar jepun argentina, selagi ada makanan segera
Mcdonals, aku tetap akan menunggu kau sehingga matahari terbelah lapan. Namun,
aku menyedari bahawa penantian aku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku
mengambil kesempatan untuk menunggu tiang tepon di hadapan rumahku berbuah.
Kalau tiang tepon tu berbuah, aku poskan untuk kau. Nak tak ??
No comments:
Post a Comment