''SEMAKIN HAMPIR SESEORANG ITU KEPADA ALLAH,MAKA SEMAKIN DAMAI HATI DAN JIWANYA.''
Aisyah bt Abu Bakar as-Siddik dan Hafsah bin Umar al-Khattab, dua wanita yang amat dikasihi Rasulullah, kerana kedua-duanya wanita sahabat yang turut melibatkan diri secara aktif dalam menyampaikan dakwah islamiyah.
Rasulullah S.A.W. menikahi Aisyah atas perintah daripada ALLAH S.W.T. Jibril a.s. sendirilah yang datang menemui beliau untuk membawa perintah dari langit dengan suatu bentuk pelambang sehelai kain sutera yang amat indah. Oleh itu tidak hairan kalau beliau amat mengasihani Aisyah.r.a.
Sementara Hafsah, Rasulullah s.a.w.menikahi setelah menjanda, untuk mengubati kedukaan Umar bin al-Khattab dan setelah di tolak oleh Abu Bakar as-Siddik dan Usman bin Affan. Keputusan beliau untuk berkahwin berkahwin dengan Hafsah ini adalah untuk melenyapkan kesedihan sahabatnya Umar bin al-Khattab dan puterinya itu,supaya usaha-usaha mempergiatkan dakwah lebih licin dan berkesan.
Kedua-dua puteri sahabat dekat Rasulullah ini,yang di nikahi beliau berdasarkan sebab-sebab tertentu,merupakan teladan dalam bidang kesucian serta pengalaman agama-semoga ALLAH meredhai mereka-tetapi, sebagai manusia yang mempunyai kelemahan,mereka pun tidak luput daripada ketidak sempurnaan.Mereka juga pernah terdorong melakukan perkara yang tidak dikehendaki syarak.Dan hal ini tidak perlu menjadi punca kekeliruan bagi kaum wanita.
Kekeliruan yang pernah mereka perbuat tidaklah seharusnya di jadikan ikutan,tetapi lebih merupakan tamsilan bahawa orang-orang yang kuat imannya pun adakalanya terdorong melakukan perkara yang di larang.Dan ini bukanlah cara yang menghantar ke syurga.
Jalan menuju ke syurga itu adalah pegangan yang kukuh pada nilai-nilai kebenaran yang di tetapkan oleh Islam.Kebenaran inilah yang mendominasi keseluruhan hidupnya tidak kira dalam keadaan bagaimana dan waktu bila pun.Ini bererti mesti mempunyai sikap yang jelas dan tegas menolak segala perangkap hawa nafsu dan tipu daya syaitan,sama ada dalam bentuk yang menggiurkan ataupun yang menakutkan.
Wahai wanita-wanita beriman,sesungguhnya Asiyah bt Muzahim,isteri Firaun merupakan perumpamaan yang paling menonjol dalam sejarah umat manusia.Barangkali kerana Asiyah hidup di tengah-tengah suasana yang penuh dengan kepalsuan,kepura-puraan,kesesatan dan kemewahan yang tidak ada bandingannya.
Kalau Asiyah mahu,dia dapat menggunakan kuasa yang mampu meranapkan segala penghalang kepada nafsu jahatnya.Betapa besarnya kekuasaan yang di milikinya hingga anda tidak pernah mendengarnya dengan telinga,seakan-akan cerita khayalan yang di bacakan oleh kanak-kanak sebelum tidur.
Asiyah menjadi perimpamaan yang paling menonjol dan istimewa,kerana semua yang ada di sekelilingnya tidak sedikit pun dapat mempengaruhi jiwanya,tidak secuilpun mengurangi nilai keimanan serta keyakinannya.Asiyah mempunyai pendirian yang teguh di depan segala pengaruh luar dan pengaruh dari dalam dirinya,dia tidak pernah menyerah kalah terhadap semua itu.Bahkan Asiyah menafikan setiap pengaruh yang negatif itu,lantas dia munajat kepada ALLAH :
''Wahai Tuhanku, binalah untuk ku di sisi-MU sebuah rumah di dalam syurga.''
No comments:
Post a Comment