( KELAHIRAN BAGINDA S.A.W )
Kelahiran..
Semasa dunia penuh durjana..
tiada cahaya di sini sana..
hanya di Parsi api berwarna..
di sembah oleh tua teruna..
lahirlah MUHAMMAD bujang kelana..
di tanah mekah di bulan purnama..
dengan perangai penuh sempurna..
banyak mukjizat sudah ternama..
Berjasa..
Nabi MUHAMMAD telah berjasa..
sepanjang hanyat ke ini masa..
menyeru kita taat Yang Esa..
menyembah ALLAH jauhkan dosa..
menjadi rahmat semua bangsa..
sebagai nikmat dapat di rasa..
bertaqwa kita takutkan seksa..
usah bertangguh esok dan lusa..
Pembentuk budi..
Nabi MUHAMMAD pembentuk budi..
budi yang luhur lagi terpuji..
supaya kita bersatu hati..
lihatlah nikmat di musim haji..
menyembah ALLAH petang dan pagi..
menghala kiblat tubuh yang suci..
bersihkan hati setiap diri..
kurnia ALLAH rahmat di beri..
Mari bersatu...
mari saudara kita bersatu..
berdiri teguh bertolong bantu..
sama berunding fikir bermutu..
jangan di ikut fikir yang buntu..
usah berpecah ke hilir ke hulu..
lemahlah kita sepanjang waktu..
nanti musuh datang memalu..
hanya peluang mereka tunggu..
Berhijrah...
dari mekah Nabi berhijrah..
ramai sahabat turut berpindah..
kerana perintah ALLAH..
sama menuju tanah Madinah..
di sana Ansar sedia sudah..
menyambut Nabi puji dan madah..
sembahyang sama dalam jemaah..
di masjid Quba' ikut sejarah..
Berusaha..
dari dewasa Nabi berbakti..
sanggup bekerja sepenuh hati..
menternak kambing berjual beli..
memandu kita berekonomi..
ajaran Islam harus di kaji..
ALLAH di sembah carilah rezeki..
janganlah lupa peluang diri..
rebut peluang penuh berani..
No comments:
Post a Comment